Nasi Ayam Penyet Sangat Sedap



Nasi Ayam Penyet Sangat Sedap
Nasi Ayam Penyet Sangat Sedap

Nasi Ayam Penyet yang asalnya dari negara jiran iaitu Indonesia, ada pelbagai versi untuk sediakan hidangan ni, dan Che Nom akan tunjukkan cara yang biasa buat kat rumah. Kalau makan ramai-ramai bersama keluarga memang best sangat. Nasi Ayam penyet yang sedap terletak pada sambal nya yang mesti pedas cukup rasa semuanya, dan juga perapan ayam tu sendiri.

Sambal yang Che Nom buat akan lebih, anggaran untuk 2-3 ekor ayam, Che Nom akan simpan lebihan sambal ni, anda boleh masak 1/2 sukatan kalau lebih. Sambal ni kalau masak dan simpan elok-elok dalam balang dan peti sejuk boleh tahan lama, kalau nak masak macam nasi goreng atau maggi goreng sangat senang dan sedap, nak makan dengan nasi putiih pon boleh. Untuk sambal hitam lebih sedap guna kicap manis pekat jenama ABC, kalau tak ada boleh guna kicap manis saja.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
    • 3 inci halia
    • 6 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan untuk rebusan ayam:
    • 1 ekor ayam, potong 4
    • Bahan tumbuk halus 1
    • 2 inci lengkuas
    • 3 keping daun salam
    • 1 ketul kiub ayam
    • Anggaran 2 liter air
    • **Bahagi air rebusan kepada 3 : 1 bekas untuk nasi,1 bekas untuk sup, dan 1 cawan lebih aja untuk bancuhan tepung
  • Bahan-bahan untuk sup ayam:
    • 1 sup bunjut
    • Sedikit air, untuk lebih berkuah
    • Sedikit potongan batang sup
    • 1/2 sudu kecil lada sulah
    • Garam secukup rasa
    • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1/2 sudu kecil jintan manis
    • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • Bahan-bahan untuk perapan ayam:
    • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
    • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
    • 3 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1/2-1 sudu besar serbuk kari daging
    • 1/2 sudu kecil lada sulah
    • 1/2 sudu kecil garam
    • Bahan tumbuk halus 2
  • Bahan-bahan untuk nasi ayam penyet:
    • 3 cawan beras
    • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
    • 2 helai daun pandan
    • Sedikit garam
  • Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet (sambal merah):
    • 1 cawan minyak masak
    • 1 genggam ikan bilis
    • 1 biji bawang besar
    • 3 biji bawang merah
    • 4-5 ulas bawang putih
    • 10 biji cili merah besar
    • 10-15 biji cili padi
    • 3 biji tomato,saiz besar
    • 1 sudu besar belacan
    • 2 sudu kecil gula, atau lebih
    • Garam secukup rasa
    • 2 biji perahan jus limau nipis
  • Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet (sambal kicap):
    • 1 senduk sambal merah **yang belum goreng (di atas)
    • 1/2 cawan kicap pekat manis,lebih sedap guna kicap manis pekat jenama ABC
  • Bahan-bahan untuk salutan tepung:
    • Lebihan rempah perapan ayam
    • 1 cawan tepung beras
    • 1 biji telur
    • Sedikit garam
    • Anggaran 1 cawan air rebusan ayam
  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • 1 keping tempe
    • 3 ketul tauhu
    • Sayur kobis
    • Sayur kacang panjang
    • Hirisan daun sup
    • Hirisan daun bawang

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk penyediaan bahan:
    1. Potong kasar lengkuas kemudian tumbuk sikit biar pecah.
    2. Potong kasar bawang putih dan halia. Tumbuk sampai lumat kemudian bahagi dua (1 untuk rebusan ayam / 1 untuk perapan ayam).
    3. Potong kasar tomato, cili merah, cili padi, bawang besar, bawang merah kecil dan bawang putih.
    4. Hiris nipis daun sup dan daun bawang untuk taburan.
    5. Hiris limau nipis (boleh ganti limau kasturi).
    6. Gaul ayam dengan bawang putih dan halia tumbuk tadi. Masukkan lengkuas, daun salam (pilihan), kiub pati ayam dan air. Kemudian rebus ayam sampai empuk (anggaran 15 minit).
    7. Bila ayam dah siap rebus, angkat ayam keluar dan ketepikan.
    8. Simpan separuh (atau lebih) sup ayam untuk nasi dan adunan tepung.
  2. Cara-cara untuk sup:
    1. Untuk baki sup ayam tadi, masukkan sup bunjut, daun sup (bahagian batang), lada sulah, garam, serbuk ketumbar, sebuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
    2. Masak sup sampai mendidih.
  3. Cara-cara untuk ayam:
    1. Perap ayam rebus dengan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk kari daging, lada sulah, garam, bawang putih dan halia tumbuk tadi.
    2. Gaul sebati ayam dan perap 2-3 jam.
    3. Keluarkan ayam.
    4. Gaul tempe dan tauhu dengan baki perapan ayam tadi. Keluarkan dan ketepikan.
    5. Dalam mangkuk perapan tadi, masukkan tepung beras, telur, garam dan sedikit demi sedikit air rebusan ayam
    6. Bancuh sampai sebati (jangan pekat sangat, biar cair baru ayam garing).
    7. Salut ayam dan tauhu dalam adunan tepung.
    8. Panaskan minyak dan goreng ayam, tempe dan tauhu sampai garing (tak perlu goreng ayam lama-lama takut isi ayam kering).
    9. Goreng lebihan tepung salutan sebagai hiasan (kriuk-kriuk). Goreng sampai rangup dan angkat.
  4. Cara-cara untuk nasi:
    1. Sukat beras, masukkan daun pandan dan air rebusan ayam (kalau tak cukup boleh tambah air putih).
    2. Kemudian masak nasi macam biasa.
  5. Cara-cara untuk sambal:
    1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
    2. Goreng bawang besar, bawang merah dan bawang putih sampai layu. Angkat dan ketepikan.
    3. Goreng cili padi dan cili merah. Bila cili dah layu angkat.
    4. Goreng tomato sampai lembut kemudian angkat
    5. Goreng belacan sampai naik bau kemudian angkat.
    6. Tumbuk kasar kesemua bahan goreng tadi (Che Nom guna food processor je).
    7. Ambil 1 senduk bahan kisar (untuk sambal hitam) dan ketepikan dahulu.
    8. Masukkan baki bahan kisar tadi kedalam kuali (kuali yang sama goreng tadi).
    9. Masukkan gula, garam dan jus limau nipis (boleh ganti air asam jawa). Kacau sebati.
  6. Cara-cara untuk sambal hitam:
    1. Ambil 1 senduk bahan tumbuk / kisar tadi dan tambah kicap pekat manis.
    2. Kisar sampai sebati.
    3. Perah sedikit jus limau purut dan kacau sebati.
  7. Cara-cara untuk hias:
    1. Ketuk atau penyet ayam sebelum hidang.
    2. Susu nasi, ayam, tempe dan tauhu goreng dan sambal ke dalam pinggan
    3. Hidang bersama kobis dan hirisan timun.
    4. Jangan lupa tabur serbuk kriuk-kriuk rangup.

Tip:

  • Potong kasar atau patahkan 2 cili padi dan cili merah supaya cili tak meletup bila digoreng.
  • Nak masak ayam penyet jangan guna ayam besar nanti tak sedap.
  • Tak perlu goreng ayam lama-lama sebab ayam dah rebus tadi, kalau goreng lama sangat nanti isi ayam kering, cukup sekadar garing dan rangup diluar.
  • Jangan lupa untuk ketuk atau penyet ayam sebelum hidang.

 

Resepi – Nasi minyak simple dan sedap

 

Nasi Ayam Penyet Sangat Sedap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rakyat Bukan Melayu Mahu Pakatan Harapan Kurangkan Bercakap, Tumpu Usaha Selesaikan Masalah

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker