Murid 11 tahun maut ditimpa palang gol

Murid 11 tahun maut ditimpa palang gol

Murid 11 tahun maut ditimpa palang gol
Balai Polis Pusat Bintulu menerima laporan kemalangan itu pada 7.24 pagi. – Foto BH

BINTULU: Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas ditimpa besi palang gol ketika aktiviti kokurikulum bersama-sama rakan sekelasnya di Sekolah Kebangsaan St Anthony, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Batholomew Umpit mengesahkan Balai Polis Pusat Bintulu menerima laporan kemalangan itu pada 7.24 pagi.

“Seorang murid warga tempatan telah terlibat dalam kemalangan dan mendapat kecederaan parah di kepala akibat ditimpa besi palang gol di tempat kejadian yang dipercayai patah semasa aktiviti kokurikulum.



“Mangsa telah dibawa ke Hospital Bintulu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

– BERNAMA

Murid 11 tahun maut ditimpa palang gol


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading