SAR pemancing dibaham buaya ditamatkan selepas 8 hari pencarian

SAR pemancing dibaham buaya ditamatkan selepas 8 hari pencarian

SAR pemancing dibaham buaya ditamatkan selepas 8 hari pencarian
Anggota bomba melakukan pencarian mangsa yang disyaki dibaham buaya pada hari kelapan SAR. – Foto ihsan JBPM

KOTA BELUD: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki yang hilang disyaki dibaham buaya ketika memancing di Jeti Mantanani Paradise Kilapi, Kampung Rampaian Laut, di sini, minggu lalu ditamatkan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama semua agensi terbabit SAR diketuai Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain hari ini.

“Operasi SAR diteruskan pada hari kelapan hari ini dengan jarak keseluruhan pencarian 40 kilometer, namun mangsa masih belum ditemui.



“Hasil perbincangan semua agensi memutuskan operasi SAR sehingga hari kelapan ditamatkan jam 5 petang tadi, namun operasi akan dibuka semula sekiranya mendapat petanda baharu.

“Keluarga mangsa turut dipanggil bagi menerangkan berkenaan keseluruhan operasi yang dijalankan termasuk mengenai penamatan SAR,” katanya melalui kenyataan.

Pada malam 22 September lalu, mangsa, Yusri Dulpi, 20, dilapor dibaham buaya di kawasan jeti berkenaan dengan saksi menyatakan kejadian berlaku ketika mangsa sedang memancing.

SAR pemancing dibaham buaya ditamatkan selepas 8 hari pencarian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button