Chef Wan Luah Rasa Kesal!

Isu Warga Emas Tembak Kucing Sampai Mati

Chef Wan Luah Rasa Kesal!

Chef Wan Luah Rasa Kesal!

Baru-baru ini tular berita mengenai tindakan seorang warga emas yang telah menembak seekor kucing milik jirannya sehingga mati mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah selebriti chef terkenal, Datuk Redzuawanatau lebih dikenali sebagai Chef Wan.

“Sedihnya Melihat Manusia..”



Menurut Chef Wan, beliau meluahkan rasa sedih melihat manusia yang tidak mempunyai sifat belas kasihan. Jelasnya, manusia seharusnya memberi perlindungan dan kasih sayang terhadap setiap haiwan yang hidup di dunia.

“Sedihnya melihat manusia yang tiada sifat belas kasihan, kasih sayang malahan menanam sifat benci dan berdendam pula. Mereka dicipta oleh Allah sama seperti kita malangnya otak yang lebih kecil daripada kita.

Kita sepatutnya menjadi manusia yang belas kasihan dan empati dan memberikan kasih sayang serta perlindungan kepada mereka. Sebaliknya ada yang memilih untuk menjadi kejam dan jahat kepada haiwan ini.”-Tulis Chef Wan

Chef Wan Luah Rasa Kesal!



Pelbagai Reaksi Netizen

Tinjauan Murai MY di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Chef Wan, malah ada yang turut meluahkan rasa berang terhadap tindakan warga emas tersebut yang disifatkan sebagai tindakan yang sangat kejam.

“Manusia lebih kejam dari binatang.”

“Menjawab lepas tu di akhirat lagi. Mana lah sifat kemanusiaannya.”

“Kejam..Sakit hati bila berdepan dengan manusia takde perasaan ihsan kepada haiwan.”



Chef Wan Luah Rasa Kesal!

 

Dipetik dari laporan Astro Awani, tertuduh Aziz Tambi didakwa menembak seekor kucing dengan senapang angin sehingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan berkenaan. Walaubagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di  hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

ANTARA CHEF SELEBRITI DAN USAHAWAN KOSMETIK SIAPA BAKAL CALON PAKATAN HARAPAN DUN CHINI?



Chef Wan Luah Rasa Kesal!

 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading