Fizo Omar Jelaskan Kenapa Cik Yam Tiada Dalam Foto Keluarga
Sempat Berseloroh Minta Isteri ‘Standby’ Tambah Anak
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran isteri tersayang, Fazeera Nazri.
Minta isteri ‘standby’ nak tambah anak
Menerusi hantaran di Instagram (IG), ucapan Fizo kepada isterinya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-26 tahun menarik perhatian netizen.
Bukan itu sahaja, pelakon drama Pengantin Satu Malam ini sempat berseloroh dengan meminta isterinya bersiap sedia untuk hamil lagi kerana dua orang cahaya matanya iaitu Maryam serta Khaleeda ingin mempunyai adik.
Happy birthday @ffezyranesry. Semoga you dah ready, cik Yam dan Khaleeda nak adik tu. Love you sayang ummi.
Abe Joe (Fizo) tak tahu nak pergi mana untuk birthday dia. Naik kereta, isi minyak dan tahu-tahu sampai ke Penang.
Mana cik Yam?
Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun menjelaskan mengenai ketiadaan Maryam dalam foto mereka bertiga sebelum ia menjadi ‘buah mulut’ netizen.
Ujarnya, anak sulungnya itu tidak dapat bersama dalam percutian mereka kerana berada bersama bekas isterinya, Mawar Abdul Karim.
Nota kaki sebelum ramai yang tanya mana cik Yam? Jawapannya cik Yam tak join sebab ada dengan mummy dia.
Sumber : fizoomar
Fizo Omar Jelaskan Kenapa Cik Yam Tiada Dalam Foto Keluarga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib Dan Hishamuddin: Sepupu Yang Berseteru
- PPBM Buat Laporan Polis Ke Atas Zahid Kerana Menyokong Kerajaan Perpaduan
- Mahathir paling risau jika Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :