Hakim nasihat Jegan ‘jangan main pistol’
Hakim nasihat Jegan ‘jangan main pistol’
PUTRAJAYA: Seorang pembekal kanopi menarik nafas lega selepas berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan rotan kerana memperdagang senjata api.
Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, semasa menyampaikan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, berkata rayuan T Jegan, 36, mempunyai merit dan sabitannya tidak selamat.
Dengan itu, mahkamah membenarkan rayuan Jegan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah kerana memperdagang senjata api dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Kamaludin yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin meminta jurubahasa menjelaskan kepada Jegan bahawa hari ini adalah hari paling bertuah bagi tertuduh.
“Jangan main pistol,” kata Kamaludin yang mengetuai panel hakim itu.
Jegan, yang dipenjarakan sejak 2015 didakwa memperdagang tiga pucuk pistol dan sepucuk revolver di hadapan sebuah rumah di Jalan Bukit Mewah di Kajang, Selangor pada 7.30 pagi, 18 Disember 2015.
Dia juga menghadapi satu lagi pertuduhan memiliki 35 peluru jenis 7.65mm dan 34 peluru jenis 9mm di tempat, masa dan hari yang sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah 10 MP BN Menentang Usul Undi Percaya Kerajaan Perpaduan
- PAS Hanya Mampu Berikan Jawapan Klishe Mengenai Rasuah PRU 15
- PAS Cabar Kedaulatan Undang Undang Negara?
Pada 29 Mac 2019, Mahkamah Tinggi mensabitkannya atas dua pertuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan bagi pertuduhan mengedar senjata api.
Dia dijatuhi hukuman penjara empat tahun bagi pertuduhan kedua.
Jegan diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent, manakala Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang mewakili pihak pendakwaan.
Sementara itu, panel hakim sama membenarkan rayuan bekas pekerja kilang untuk mengurangkan hukuman penjara daripada tujuh tahun kepada empat tahun atas kesalahan mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun di Taman Klang Utama, Klang Selangor pada 21 Mei 2019.
Panel itu bagaimanapun mengekalkan tiga sebatan rotan yang dikenakan terhadap M Muthamilmaran oleh Mahkamah Sesyen Klang.
Dalam keputusan mahkamah, Kamaludin turut mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen supaya Muthamilmaran menjalani kaunseling semasa di penjara dan diletakkan di bawah pengawasan polis selepas selesai menjalani hukuman penjara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siasat RM600 bilion wang rakyat secara forensik.
- Hamzah atau Faizal layak ganti Muhyiddin?
- Kerajaan Perpaduan – Dilema Pengundi Cina
Rayuannya untuk mengetepikan sabitan atas kesalahan itu tidak berjaya.
Muthamilmaran, 26, diperintahkan mahkamah menjalani hukuman penjara bermula hari ini. Sebelum ini dia dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 sementara menunggu rayuan terakhirnya didengar.
Pada April 2021, Mahkamah Sesyen mendapati dia bersalah atas kesalahan itu dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dikenakan tiga sebatan rotan. Dia merayu di Mahkamah Tinggi tetapi gagal dan rayuannya ditolak pada 15 November 2021.
Dia diwakili peguam Muhammad Amirul Jamaluddin manakala Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman mewakili pihak pendakwaan. – BERNAMA
Hakim nasihat Jegan ‘jangan main pistol’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib Dan Hishamuddin: Sepupu Yang Berseteru
- PPBM Buat Laporan Polis Ke Atas Zahid Kerana Menyokong Kerajaan Perpaduan
- Mahathir paling risau jika Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :