Md Razif komited dengan tugas di JPN Melaka
Md Razif komited dengan tugas di JPN Melaka
MELAKA: Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Md Razif Shahid sempat menyiapkan tugasan terakhirnya di pejabat sebelum maut dalam nahas jalan raya, petang kelmarin.
Rakan sekerjanya, Abdul Razak Aman yang juga Penolong Pengarah Unit Pembangunan Adab dan Nilai Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka, berkata malah, arwah tetap hadir ke JPN Melaka bagi menguruskan program khatam al-Quran dijadualkan pada Jumaat ini biarpun bercuti dua hari selepas pulang daripada Kejohanan Sukan Persatuan Guru-guru Agama SeMalaysia di Sabah, pada Ahad.
Katanya, seramai 46 peserta dari Melaka menyertai kejohanan di Kota Kinabalu itu dengan arwah bertindak sebagai Chef De Mission.
“Kami tiba agak lewat di Melaka dengan menaiki van jabatan, iaitu kira-kira jam 2 pagi dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan arwah mengambil cuti semalam dan kelmarin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Awang Di Siasat Polis, Lebih ‘Sejuta’ Pemuda PAS Berhimpun
- Azam Baki: SPRM Buka Kertas Siasatan Isu RM600 Bilion
- Siapa ‘fitnah’ Arman belakangkan Zahid?
“Kebetulan baru balik dari Sabah, bersembang pun pasal hal di sanalah dan arwah bercerita semula kes kematian seorang peserta dari Kelantan yang bermain takraw,” katanya dihubungi di sini.
“Kata arwah, Allah ambil nyawa pemain itu dalam masa 15 minit sahaja selepas mengadu sakit kepala ketika bermain takraw.
“Saya kemudian minta diri untuk sambung tugasan di bilik dan arwah beredar dari pejabat kira-kira jam 4 petang selepas selesai kerjanya.
“Kira-kira 15 minit kemudian saya terima panggilan daripada rakan memaklumkan arwah kemalangan, menyebabkan saya terkejut dan meminta dia menghantar gambar dan lokasi kemalangan,” katanya.
Abdul Razak berkata, selepas memaklumkan kejadian kepada ketua jabatan, dia bergegas ke tempat kemalangan dan tiba kira-kira 20 minit kemudian, namun tidak dapat merapati mangsa berikutan dikawal anggota bomba kerana risiko kebocoran tabung gas asli (NGV).
“Tepat jam 5 petang, selepas pasukan forensik tiba dan mangsa dikeluarkan daripada keretanya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Saya reda biarpun amat sedih dengan pemergian arwah. Malah, arwah sempat menyelesaikan semua kerja-kerjanya hingga tugasan terakhir.
“Nampaknya program khatam al-Quran Jumaat ini juga menjadi majlis tahlil untuk arwah,” katanya.
Md Razif, 54, maut di tempat kejadian selepas Proton Wira dipandunya dipercayai terbabas dan merempuh pokok di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) dekat Paya Dalam, di sini, kira-kira jam 5 petang semalam.
Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?
Md Razif komited dengan tugas di JPN Melaka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perdana Menteri Dedahkan Penipuan Muhyiddin Sepanjang PKP & Darurat
- Ucapan Presiden di PAU Januari 2023 dijangka panas berapi.
- Mahathir Bidas Anwar Lantik Zahid Tapi Lupa Pernah Lantik Lim Guan Eng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :