Pemimpin PPBM Akui Muhyiddin Penghalang Utama Kerjasama Dengan BN

Pemimpin PPBM Akui Muhyiddin Penghalang Utama Kerjasama Dengan BN

Pemimpin PPBM Akui Muhyiddin Penghalang Utama Kerjasama Dengan BN

Berita Harian melaporkan seorang pemimpin kanan PPBM berkata:

“Barisan Nasional (BN) pasti akan lebih terbuka untuk berkerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) sekiranya Muhyiddin bukan pemimpin utama PN”.



“Kerana sikap Muhyiddin yang bertegas mahu menjadi perdana menteri telah membuatkan PN terlepas pelung membentuk kerajaan bersama BN”.

“UMNO mungkin lebih terbuka untuk bekerjasama jika ia dipimpin oleh pemimpin yang lebih pragmatik seperti Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin”.

“UMNO tahu Muhyiddin mahu menamatkan riwayat parti itu, jadi bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan PN?”.

September lalu, Muhyiddin mengisytiharkan ‘perang’ terhadap BN.



Beliau menegaskan bahawa BN akan menjadi musuh utama PN pada PRU15.

“PPBM pimpinan Hamzah boleh bekerjasama dengan UMNO dan PAS”.

“Kunci kepada penerimaan UMNO ialah Hamzah, yang tidak mahu ‘membunuh’ UMNO, bukan seperti Muhyiddin”.

“Beliau lebih terbuka untuk berkongsi kuasa (dengan UMNO)”.



Hamzah pernah berkata, Majlis Tertinggi PN bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan YDP Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan bersama PH.

Tetapi Muhyiddin menutup pintu untuk sebarang kerjasama, sambil menambah bahawa gabungannya akan menjadi pembangkang.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1035948/tanpa-muhyiddin-bn-pn-boleh-jadi-kerajaan



Realitinya, tidak kira siapa pun yang menerajui PPBM, selagi matlamat untuk membunuh UMNO masih diteruskan, adalah mustahil untuk UMNO dan PPBM berkerjasama.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila presiden PAS sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan menggantikn UMNO.

UMNO kini melihat, matlamat perjuangan PPBM dan PAS adalah untuk membunuh UMNO dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Apakah mungkin UMNO berkerjasama dengan parti yang sudah dikenalpasti berjuang untuk membunuh UMNO?



Sudah pasti tidak.

 

Pemimpin PPBM Akui Muhyiddin Penghalang Utama Kerjasama Dengan BN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button