Pengarah syarikat didenda RM245,000 benarkan imigran haram tinggal

Pengarah syarikat didenda RM245,000 benarkan imigran haram tinggal

Pengarah syarikat didenda RM245,000 benarkan imigran haram tinggal
– Foto hiasan

SEREMBAN: Seorang pengarah sebuah syarikat membuat aluminium di Nilai dihukum denda RM245,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini, hari ini, kerana membenarkan 49 imigran haram tinggal di premisnya, November lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, berkata Hakim Diana Md Razali, menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 30-an itu sebaik dia mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah ke atasnya.

Katanya, mengikut kertas pertuduhan, pengarah terbabit yang mewakili syarikat berkenaan didakwa membenarkan 49 imigran haram memasuki atau berada di dalam premisnya pada 2 November lalu.



“Dia didakwa mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Sepasukan Unit Tindakan Imigresen, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan telah menahan kesemua 49 imigran haram berkenaan di premis terbabit.

“Kesemua imigran haram terbabit turut dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Anusuya Thanasamy.



Ai Kiang berkata, pihak mahkamah telah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh dan dengan itu dikenakan denda sebanyak RM 245,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

“Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam telah membayar denda berkenaan,” katanya.

Pemain badminton dapat durian runtuh RM245,000



Pengarah syarikat didenda RM245,000 benarkan imigran haram tinggal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading