659 mangsa banjir di Terengganu

Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 659 orang daripada 168 keluarga pagi ini.

Setakat 8 pagi, kesemua mereka ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di seluruh Terengganu.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya 617 orang daripada 157 keluarga, malam tadi.



Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, jumlah mangsa di Kemaman kini direkodkan seramai 305 mangsa daripada 74 keluarga.

Mereka kini berada di empat PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik, Dewan Abd Rahman Limbong, SK Kampung Baru Kerteh dan Balai Raya Padang Kemunting.

Jumlah mangsa di Kuala Nerus menunjukkan sedikit penurunan dengan 216 mangsa berada di dua PPS berbanding 220 mangsa malam tadi.

Dua PPS di Kuala Terengganu masih dibuka bagi menempatkan 92 mangsa daripada 27 keluarga.



Jumlah mangsa banjir di Dungun direkodkan seramai 42 orang membabitkan 12 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Tok Kah dan Dewan Sivik Seberang Pintasan.

Di Setiu, jumlah mangsa banjir kekal seramai empat orang daripada sebuah keluarga yang dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Merang.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button