Korban gempa di Afghanistan lebih 2,000

Korban gempa di Afghanistan lebih 2,000

Korban gempa di Afghanistan lebih 2,000
PENDUDUK Afghanistan duduk di tapak rumah mereka yang musnah akibat gempa bumi yang dirasai di Kampung Sarbuland di daerah Zendeh Jan, Herat. FOTO AFP.

Kabul: Angka kematian akibat gempa bumi di wilayah terpencil barat Afghanistan semalam meningkat mendadak kepada lebih 2,000 orang.

Jurucakap kerajaan Taliban berkata, jumlah mangsa cedera lebih ramai.

Menurut pihak berkuasa, beberapa kampung di wilayah sempadan Herat yang terjejas teruk, musnah sepenuhnya.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula memaklumkan 4,200 orang terjejas, dan sekurang-kurangnya 600 rumah musnah.

Hospital terbesar di ibu kota wilayah Herat sahaja telah menerima hampir 200 mangsa yang terkorban dan sekitar 700 cedera, menurut sumber perubatan.

Sekurang-kurangnya lapan gempa menggegarkan wilayah bersempadan Iran dalam tempoh yang singkat pada pagi Sabtu. US Geological Survey (USGS), yang memantau aktiviti seismik, meletakkan magnitud pada nilai antara 4.6 dan 6.3.

Korban gempa di Afghanistan lebih 2,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading