Shuib Mengaku Anak-Anak Tahu Watie Sering Jadi Bualan Ramai

Kenapa Orang Tak Suka Auntie?



Shuib Mengaku Anak-Anak Tahu Watie Sering Jadi Bualan Ramai 

Shuib Mengaku Anak-Anak Tahu Watie Sering Jadi Bualan Ramai [VIDEO]
Sebelum ini, pelawak dan penyampai radio Shuib menafikan dia bakal berkahwin dengan pilihan hatinya, Watie Hanifiah, dalam masa terdekat.

Risau keluarga kecil hati

Shuib Mengaku Anak-Anak Tahu Watie Sering Jadi Bualan Ramai [VIDEO]

Ketika ditemui OhBulan!, Shuib memohon agar orang ramai tidak menyebarkan berita yang belum sahih lagi. Katanya, perkara itu tidak manis didengari selain enggan dituduh membelakangkan keluarga.

Saya tidak suka benda-benda yang saya tak cakap, tapi keluar. Saya takut nanti keluarga terasa saya membelakangkan mereka.

Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk diri sendiri dan akan sentiasa berdoa semoga Tuhan mudahkan jalan serta hadirkan orang-orang yang baik.

Shuib berkata demikian ketika majlis sidang media The Masked Singer Malaysia (TMSMY3) yang berlangsung di Vivatel Kuala Lumpur, pada Selasa.

Selain Shuib, barisan juri TMSYM3 yang turut hadir adalah Ella, Elly Mazlein, Didie Alias, Emma Maembong dan Atu Zero manakala Zul Ariffin pula sedang berada di Tanah Suci Mekah.

Tak akan sorok

Shuib Mengaku Anak-Anak Tahu Watie Sering Jadi Bualan Ramai [VIDEO]

Tegas pelawak berumur 38 tahun, dia tidak akan merahsiakan sebaliknya akan berkongsi apabila tiba waktu yang tepat.

Saya tidak akan sorok (pernikahan). Kalau bab kahwin, banyak yang tanya saya adalah kawan-kawan. Tentang jodoh, saya berserah pada Allah SWT.

Cuma kalau benda tak betul saya kena tegur. Ada dakwaan kata saya dah tempah katering, baju perkahwinan dan sebagainya. Tapi tak ada pun.

Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhammad mendedahkan pernah diajukan soalan dengan anak-anak yang ‘pelik’ kenapa ada segelintir pihak yang tidak suka dengan Watie.

Kenapa orang tak suka Auntie (Watie Hanifiah)? Apa salah dia?

Anak-anak sudah lama tahu hubungan kami tapi mereka hanya diam. Apabila perkara itu diketahui umum, anak-anak mula mengusik saya.

Terdahulu, Shuib pernah berkahwin dengan Siti Sarah Raisuddin bagaimanapun penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun lima bulan.

6 sebab kenapa anda jadi sasaran gigitan nyamuk

Shuib Mengaku Anak-Anak Tahu Watie Sering Jadi Bualan Ramai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker