Kek Sarang Semut Yang Legend
Hi semua, kali ni Che Nom nak tunjuk kek yang mudah sangat nak dapat bahan-bahan untuk disediakan. Sekarang ni kan ramai yang cakap susah nak dapat barang-barang di bakery…jadi jom kita sediakan kek klasik yang tak pernah lapuk dek zaman, iaitu kek sarang semut atau ada juga yang panggil kek gula hangus.…bahan-bahan pun biasa ada kat dapur aja.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk gula karamel:
- 1 cawan/ 200g gula putih
- 1 cawan/ 250ml air
- Bahan-bahan lain:
- sedikit mentega, untuk sapuan
- 4 biji telur, saiz B
- 1/2 cawan/ 153g susu pekat manis
- 1/3 cawan/ 76g mentega
- 1 cawan/ 125g tepung gandum
- 2 sudu kecil soda bikarbonat atau baking soda
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:
- Sediakan loyang, sapu mentega dan lapik dengan kertas baking.
- Ayakkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
- Masak gula putih sehingga perang dan larut.
- Bila dah perang, masukkan air panas dan biarkan gula larut sekata. Kemudian boleh angkat dan ketepikan.
- Cairkan butter atau mentega dengan api kecil.
- Pecahkan telur dan kacau perlahan sehingga sebati.
- Kemudian masukkan susu pekat dan kacau lagi sehingga sebati.
- Masukkan butter cair dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan gula karemel cair tadi.
- Tapis adunan supaya adunan halus dan tak berketul. Tutup dan perap selama minimum 1 jam.
- Tuang adunan dalam loyang dan sedia utk dibakar.
- Bakar dengan api bawah sahaja pada 20 minit pertama dengan suhu 160°C.
- Selepas 20 minit, tukar kepada api atas bawah dan teruskan bakar sehingga masak. Anggraan 20 minit, atau mungkin kurang. Ikut saiz dan jenis oven masing-masing
- Cucuk dengan lidi, kalau lidi bersih, kek dikira sudah masak.
Tip:
- Teknik nak kacau bahan cair dengan bahan kering, kita kena kacau dari tengah, nanti perlahan-lahan bahan kering sekeliling tu akan menyerap air dan bergaaul sebati.
- Pada 20 minit pertama, bakar mengunakan api bawah dan tinggikan tray utk jarakkan sikit dari rod haba. Cara macam ni akan hasilkan lebih banyak ronga-ronga atau sarang semut.
Kek Sarang Semut Yang Legend
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Perdagangkan Hukum Talak Untuk Kepentingan Politik
- Isu Projek Tebatan Banjir: Tuan Ibrahim Perlu Jawab Pendedahan Sabahkini
- Adam Adli masuk Kementerian KBS dengan Langkah kiri.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?