KL Rovers idam ‘ajar’ Sang Penyu

KL Rovers idam ‘ajar’ Sang Penyu

KL Rovers idam ‘ajar’ Sang Penyu
PEMAIN pertahanan, Amer Saidin kini muncul penjaring terbanyak KL Rovers dalam saingan Liga M3 dengan tujuh gol. – FB KL ROVERS

KUALA LUMPUR – Status pasukan lebih kerdil tidak pernah memadamkan cita-cita Kuala Lumpur Rovers untuk cipta kejutan ke atas Terengganu pada pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Pengendali KL Rovers, Wan Mustaffa Wan Ismail tetap mengharapkan aksi terbaik daripada anak buahnya dan bukannya sekadar hadir untuk melengkapkan jadual.

“Kita pasukan amatur yang bermain di pusingan 16 dan bayangkan pemain kita berstatus separuh masa, ada yang buat e-hailing, servis penghantaran dan pelajar universiti tetapi dapat lawan pasukan gergasi.

“Kita tidak ada awang import tetapi kita hanya awang kenit yang mahu tumpaskan gergasi serba lengkap. Tidak boleh terlampau hormat dan tenggelam dengan keghairahan.



“Sebaliknya saya mahu pemain buat sehabis baik serta berusaha cipta kejutan,” katanya.

Satu lagi wakil Liga M3 ke Piala Malaysia adalah Harini Selangor FT yang dijadualkan menentang Sri Pahang.

KL Rovers layak ke Piala Malaysia musim ini selepas cemerlang mendahului carta Liga M3 dengan rekod tanpa kalah sepanjang 14 perlawanan dilalui.

“Pemain kena tunjukan mereka pun layak bermain dengan pasukan Liga Super dan cuba tarik minat mana-mana pasukan,” katanya.



KL Rovers idam ‘ajar’ Sang Penyu

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading