Lelaki tular belasah anjing ditahan polis

Lelaki tular belasah anjing ditahan polis

Lelaki tular belasah anjing ditahan polis
Tangkap layar memaparkan dua suspek menyerang sesuatu dipercayai anjing, dalam semak di Kampung Telok Tempoyak, Batu Maung, Bayan Lepas, semalam. NSTP/ Video tular

BAYAN LEPAS: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki memukul anjing menggunakan kayu di Kampung Teluk Kumbar, Batu Maung di sini.

Semua suspek berusia 40 hingga 53 tahun itu ditahan sekitar jam 11.45 malam hingga 1 pagi tadi di kawasan Batu Maung.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek bekerja sebagai pemandu bas, nelayan dan ejen kargo.



Beliau berkata, semua mereka direman tiga hari sehingga 12 Julai ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan juga mendapati semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lalu dan ujian saringan air kencing menunjukkan mereka bebas daripada pengambilan bahan terlarang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi




“Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia yang mana boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis mengesan suspek disyaki menyerang anjing yang terjatuh ke longkang.

Ia susulan video tular di media sosial yang dikesan jam 6 petang semalam memaparkan beberapa suspek terbabit menyerang sesuatu dipercayai anjing, dalam semak pada waktu malam.



Video itu turut memaparkan keterangan ‘Tidak cukup dilanggar motosikal, anjing tidak berdosa diseksa dua lelaki durjana sampai mati’.

Lelaki tular belasah anjing ditahan polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button