Peserta ANTM biadab kena ‘sekolah’ dengan Catriona Ross

Syafinaz pun sempat menyelit... “Cantik sikit bahasa kita ya adik”

Peserta ANTM biadab kena ‘sekolah’ dengan Catriona Ross

Peserta ANTM biadab kena ‘sekolah’ dengan Catriona Ross
Catriona beri teguran kepada peserta ATNM.

TINDAKAN salah seorang peserta program All Together Now Malaysia (ATNM) menjawab pertanyaan salah seorang juri, Catriona Ross dengan nada biadab serta bahasa tubuh tidak berpuas hati mengundang kemarahan netizen.

Peserta dikenali sebagai Ika itu bersikap acuh tak acuh apabila ditanya Catriona sama ada dia selesa atau tidak membawakan lagu yang disampaikan ketika membuat persembahan.Ini kerana Catriona sebelum itu memberitahu Ika dilihat nampak seperti marah dan takut ketika mengadakan persembahan.

Bagaimanapun nada jawapan diberikan peserta berkenaan disifatkan biadab apatah lagi remaja perempuan itu baharu berusia 16 tahun.



Peserta ANTM biadab kena ‘sekolah’ dengan Catriona Ross
Cat merupakan antara juri bagi rancangan ATNM musim kedua.

“Mestilah minat, kalau tak buat apa I bawa (sampaikan lagu),” katanya remaja itu dalam nada sinis.

Catriona yang dilihat terkejut dengan jawapan diberikan disambut pula oleh seorang lagi juri, Datuk Syafinaz Selamat yang meminta remaja itu menjaga bahasa ketika menjawab soalan daripada orang lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Nasib baik you bukan anak murid I, kalau anak murid I, you cakap dengan I macam tu, dah lama dia menangis.”Hati-hati bila menjawab… bila orang bertanya soalan, kita kena cantik sikit bahasa kita ya adik?,” kata Syafinaz.Sementara itu, Catriona atau Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 42, menerusi Instagram sempat memberi teguran secara terbuka khususnya kepada golongan muda untuk menjaga komunikasi dengan orang lain.

Apa pun impian kita, kita jangan pernah lupa empat perkara ini iaitu sikap, hormat, disiplin dan merendah diri.

CATRIONA ROSS

JURI ALL TOGETHER NOW MALAYSIA

Kata Catriona, seseorang yang ingin berjaya perlu menjaga setiap tutur kata kerana setiap yang dibicarkan itu melambangkan siapa diri mereka.



“Apa pun impian kita, siapa pun kita atau impian yang ingin dicapai, kita jangan pernah lupa empat perkara ini iaitu sikap, hormat, disiplin dan merendah diri.

“Ini adalah perkara-perkara yang saya pegang dan hadam sejak memulakan karier sesudah tamat universiti,” katanya.

Peserta ANTM biadab kena ‘sekolah’ dengan Catriona Ross
Catriona beri teguran.

Kata Catriona, sikap termasuk menjaga turut kata sangat penting kerana cara seseorang berkomunikasi menunjukkan karakter sebenar mereka.

Jelasnya lagi, menghormati orang lain juga akan membuatkan seseorang sangat disenangi malah mereka akan sentiasa diingati.



“Disiplin juga adalah kunci penting kenapa ada orang berjaya dalam hidup dan ia juga menentukan di mana anda berada dalam hidup.

“Sentiasalah merendah diri kerana ia sangat penting,” katanya.

https://my-tv.online/2021/12/17/lelaki-biadab-ini-siap-berani-halau-polis/

Peserta ANTM biadab kena ‘sekolah’ dengan Catriona Ross


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button