Nabila Huda titip ucapan romantis buat suami
Tujuh tahun layari perkahwinan, Kesabaran dalam diri awak tak siapa boleh lawan
Nabila Huda titip ucapan romantis buat suami
PELAKON Nabila Huda menyifatkan suaminya, Mohd Izwan Johar sebagai seorang lelaki yang penyabar dan tiada siapa dapat menandingi kualiti itu.
Nabila atau Nur Nabila Huda Suhaimi, 38, berkata, hanya Mohd Izwan tidak pernah jemu melayan semua karenahnya sebagai seorang isteri dan sentiasa bersabar dengan dirinya.
“Dear husband, terima kasih dengan segala cinta dan sayangmu yang sepenuh hati pada saya dan @lilkupukupu (Keisha Laila). Terima kasih kerana bersabar melayan karenah isterimu yang dramatik ini.
“Kesabaran yang ada dalam diri awak itu takkan pernah ada sesiapa akan boleh lawan. Terlalu hebat awak handle seorang wanita bernama Nabila Huda. Kerana kesabaran awak. Alhamdulillah sembilan tahun kita bersama. Tujuh tahun kita sebagai suami isteri,” katanya.
Nabila berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh pada Ahad lalu.
Pelakon itu turut memuat naik gambar perkahwinan mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto Pilihanraya Parti Politik Kerajaan Perpaduan Akan Di Satukan
- Nasib Bekas Penjawat Awam JLKN Kontrak Yang Di Berhentikan Masih Tidak Terbela
- Undi percaya, ‘Geng 10’ undi Anwar di Parlimen
Menerusi hantaran itu juga, Nabila memberitahu bahawa dia hanya mengharapkan kasih sayang serta keikhlasan daripada suami terutama dalam menjaga dirinya dan anak setiap masa.
Tambah Nabila, dia berharap suaminya sentiasa menjaga kesihatan dengan baik memandangkan tidak sanggup melalui hidup tanpanya di sisi.
“Tak ada apa yang saya minta daripada awak, cukup kasih sayang awak yang ikhlas melayan saya dan Keisha macam tuan puteri setiap hari. Masak, buat kerja rumah, basuh baju, lipat baju kami, kemas rumah, buat kami ketawa setiap hari, manjakan kami.
“Awak sentiasa ada dalam keadaan bersedia apabila kami perlukan awak. We love you Abi! Please jaga kesihatan awak okay.
“Saya takut kehilangan awak. Saya tak boleh bayang hidup tanpa awak. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya. Happy anniversary to us sayangku Mohd Izwan Bin Johar,” katanya lagi.
Untuk rekod, Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015 dan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata bersama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir Dedahkan Dendam Hamzah Terhadap Anwar
- Dilema Parti PEJUANG , Bubar atau sujud kepada PH atau PN
- Parti PEJUANG dijangka bubar 2023
Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun mereka bercerai selepas tiga tahun bersama.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Keisha Laila.
Nabila Huda titip ucapan romantis buat suami
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jumlah dividen ASB semakin tidak menarik sejak ketiadaan Bossku.
- UMNO tidak perlu ulang silap lama
- Musuh UMNO pasti kecewa jika jawatan “Top 2” tidak dipertandingkan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :