NGO asing mula henti operasi di Afghanistan

NGO asing mula henti operasi di Afghanistan

NGO asing mula henti operasi di Afghanistan

KABUL: Beberapa kumpulan bantuan asing mengumumkan mereka menghentikan operasi masing-masing di Afghanistan bermula semalam selepas pemerintah Taliban negara itu mengarahkan semua kakitangan wanita diberhentikan kerja.

Pengumuman itu menimbulkan rasa tidak senang pegawai antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta dikhuatiri akan mengakibatkan bantuan kemanusiaan terjejas teruk.

“Kami tidak dapat mencapai kanak-kanak, wanita dan lelaki yang sangat diperlukan di Afghanistan dengan berkesan tanpa kakitangan wanita kami,” kata Save the Children, Majlis Pelarian Norway dan CARE dalam satu kenyataan bersama.



Menurut kenyataan itu lagi, sementara pihaknya mendapat penjelasan lanjut mengenai pengumuman itu, mereka memutuskan untuk menangguhkan program, selain menuntut lelaki dan wanita berganding bahu meneruskan bantuan menyelamatkan nyawa di Afghanistan.

Sementara itu, Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC), yang menyediakan tindak balas kecemasan dalam bidang kesihatan, pendidikan dan lain-lain serta menggaji 3,000 wanita di seluruh Afghanistan, turut menyatakan pihaknya menangguhkan perkhidmatan.

“Bagi IRC, keupayaan kami untuk menyampaikan perkhidmatan bergantung kepada kakitangan wanita pada semua peringkat pertubuhan kami.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Jika kami tidak dibenarkan menggaji wanita, kami tidak dapat menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” kata kumpulan yang berpangkalan di New York itu dalam satu kenyataan.



Larangan itu adalah tamparan terbaru terhadap hak wanita di Afghanistan sejak Taliban merampas semula kuasa tahun lalu.

Dalam tindakan keras terbaru semalam, Taliban mengarahkan NGO tempatan dan asing menggantung perkhidmatan pekerja wanita, sekali gus mengekang lagi kebebasan golongan itu.

Dalam satu surat disahkan jurucakap Kementerian Ekonomi, Abdulrahman Habib, pekerja wanita tidak dibenarkan bekerja sehingga diberitahu kelak, disebabkan ada yang tidak mematuhi tafsiran pentadbiran mengenai kod pakaian Islam untuk wanita.

Arahan itu dikeluarkan beberapa hari selepas pentadbiran yang dikendalikan Taliban mengarahkan universiti menolak pelajar wanita, sekali gus mengundang kecaman global yang kuat dan mencetuskan beberapa protes serta kritikan hebat di Afghanistan.

Zarina Anjoulie – Minta Netizen Henti Komen Merapu

NGO asing mula henti operasi di Afghanistan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker