58 pelarian Rohingya tiba di Aceh, alami kelaparan teruk

58 pelarian Rohingya tiba di Aceh, alami kelaparan teruk

58 pelarian Rohingya tiba di Aceh, alami kelaparan teruk

BANDA ACEH: Puluhan etnik Rohingya dalam keadaan kelaparan dan lemah ditemukan di sebuah pantai di wilayah paling utara Aceh di Indonesia semalam selepas berminggu-minggu berada di laut, kata Ketua Polis tempatan, Rolly Yuiza Away.

Beliau berkata, bot yang membawa 58 lelaki itu tiba di pantai Indrapatra di Ladong, sebuah perkampungan nelayan di daerah Aceh Besar.



Menurut Rolly Yuiza, penduduk kampung yang melihat kumpulan etnik Rohingya itu menaiki bot kayu terbabit membantu mereka mendarat dan kemudian melaporkan ketibaan mereka kepada pihak berkuasa.

“Mereka yang kelaparan itu turut diberikan makanan dan minuman ketika kumpulan terbabit menunggu arahan lanjut daripada imigresen dan pegawai tempatan di Aceh.

“Sekurang-kurangnya tiga daripada lelaki itu dikejarkan ke klinik kesihatan untuk rawatan perubatan manakala yang lain menerima pelbagai rawatan perubatan,” katanya.

Jumaat lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan lain menggesa negara di Asia Selatan menyelamatkan seramai 190 orang dipercayai pelarian Rohingya menaiki bot kecil yang hanyut selama beberapa minggu di Laut Andaman.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Laporan menunjukkan mereka yang berada di atas bot kayu berada di laut selama sebulan dalam keadaan teruk tanpa makanan atau air yang mencukupi, tanpa sebarang usaha oleh negara di rantau ini untuk membantu menyelamatkan nyawa manusia.

“Ramai adalah wanita dan kanak-kanak, dengan laporan sehingga 20 orang maut di atas kapal yang tidak layak belayar di laut,” kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Rolly Yuiza berkata, tidak jelas sama ada kumpulan yang tiba di Aceh itu berbeza atau adalah sebahagian daripada kumpulan 190 pelarian Rohingya yang hanyut di Laut Andaman.

Bagaimanapun, menurut seorang lelaki yang mampu bertutur bahasa Melayu, mereka sudah berada di laut selama lebih sebulan dan berhasrat untuk mendarat di Malaysia untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan bekerja di negara terbabit.



Kumpulan Rohingya berusaha meninggalkan kem sesak di Bangladesh dan melakukan perjalanan melalui laut dalam pelayaran berbahaya ke negara majoriti Islam lain di rantau ini.

Malaysia yang majoriti penduduknya orang Islam, menjadi destinasi biasa bagi bot-bot terbabit dan kumpulan pemerdagangan manusia menjanjikan kehidupan yang lebih baik kepada pelarian di negara terbabit. – AP

Bot bawa pelarian Rohingya tiba di pantai Aceh



58 pelarian Rohingya tiba di Aceh, alami kelaparan teruk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading