Remaja hilang dari inap desa ditemui selamat, tiga ditahan

Remaja hilang dari inap desa ditemui selamat, tiga ditahan

Remaja hilang dari inap desa ditemui selamat, tiga ditahan
Foto hiasan

SEPANG: Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang dipercayai melarikan remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari inap desa di Taman Salak Maju di sini, pada 25 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata pihaknya menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 19 dan 18 tahun dalam serbuan pertama di sebuah unit kondominium di Seksyen 13, Shah Alam.

“Dalam serbuan itu, kami juga berjaya menyelamatkan mangsa berusia 13 tahun yang berada di unit kondominium berkenaan.



“Kami turut menahan seorang lagi lelaki berusia 21 tahun di sebuah pasar raya di Seksyen 13 Shah Alam jam 9.30 malam tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Kamarul berkata, pihaknya turut merampas tiga telefon bimbit, sebuah motosikal Yamaha R15 yang dipercayai digunakan ketika kejadian dua baju, dua seluar dan satu topi keledar.

“Hasil soal siasat awal dilakukan mendapati kedua-dua suspek lelaki mengaku terbabit dalam kes itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Mereka juga mengaku menaiki motosikal bersama ke kawasan berdekatan dengan inap desa berkenaan untuk berjumpa dengan mangsa,” katanya.



Beliau berkata, salah seorang suspek lelaki terbabit kemudian bersama mangsa menaiki kenderaan e-hailing, manakala rakannya (suspek kedua) menaiki motosikal pulang ke kediaman di Seksyen 13 Shah Alam.

“Suspek wanita pula tidak mengaku terbabit dalam kes itu dan berada bersama dua suspek lelaki serta mangsa di lokasi tangkapan.

“Semakan dilakukan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan.



Sebelum ini, media melaporkan kehilangan remaja perempuan, Salsabila Putri Mad Nasir, 13, selepas keluar dari sebuah inap desa di Taman Salak Maju pada 25 Disember lalu.

Salsabila Putri disedari hilang oleh ahli keluarganya pada 2.30 pagi semalam. – Foto Ihsan Pembaca.

Laporan mengenai kehilangan remaja itu dibuat oleh abangnya, Mohammad Fitra Mad Nasir di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira 10 pagi, kelmarin.

SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu



Remaja hilang dari inap desa ditemui selamat, tiga ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button