Watie Sadali dan Hana Adnan nampak mesra ketika bertemu di mahkamah
Isu tuntutan hutang selesai!
Aqila bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya Watie lari dan gagal membayar tuntutan hutang sebelum ini.
“Keputusan diterima dengan baik oleh mereka. Tiada dendam antara mereka,” katanya ketika dihubungi mStar.
Pada pagi Khamis, Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor menetapkan Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 46, perlu membayar ansuran sebanyak RM2,000 sebulan bermula Januari tahun depan sehingga selesai keseluruhan tuntutan berjumlah RM796,000.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kalah Dalam PRU 15 Tapi Pemilihan UMNO Menjadi Perhatian
- Kepentingan Telekom Di Menara KL Di Jual Murah Kepada Syarikat Bermasalah, Kroni Siapa?
- Pemilihan UMNO : Siapa calon proksi Muhyiddin dan Mahathir?
Keputusan tersebut dibuat selepas Watie sebelum ini dikatakan gagal membuat baki bayaran kepada Hana seperti mana yang telah diperintahkan mahkamah pada 2017.
Tidak menjelaskan punca sebenar aktres tersebut gagal membuat bayaran sebelum ini, Aqila bagaimanapun memberitahu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara dilanda Covid-19 menjadi antara faktor penyebab.
Dalam pada itu, Aqila memberitahu prosiding mahkamah berlangsung dengan lancar dan Watie serta Hana juga dilihat mesra antara satu sama lain.
Ketika di mahkamah mereka mesra dan bersikap friendly
AQILA ZULAIQHA
PEGUAM
“Saya tidak boleh komen hal tersebut (gagal bayar). Banyak perkara yang berlaku. Covid-19 yang melanda memberi kesan kepada industri. Itu adalah sebahagian daripadanya.
“Ketika di mahkamah mereka mesra dan bersikap friendly,” jelasnya.
Sementara itu, suami kepada Watie iaitu Joey Daud ketika dihubungi mStar berkata dia dinasihatkan oleh peguam agar tidak memberi sebarang kenyataan berhubung isu ini.
Untuk rekod, pada 10 Mac 2015, Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 44, menang saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.
Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.
Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis.
Pada Mei 2017, Hana memfailkan saman dan keputusan ketika itu menetapkan Watie perlu membayar ansuran sebanyak RM2,500 setiap bulan.
Shuib Mengaku Anak-Anak Tahu Watie Sering Jadi Bualan Ramai
Watie Sadali dan Hana Adnan nampak mesra ketika bertemu di mahkamah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahril Hamdan Cadang UMNO Tubuh Unit Penyelidikan
- BN akan jadi ‘tawanan perang’ jika bersama PN
- Pemilihan Umno, Anwar sokong siapa?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat