Sotong Masak Kicap Berempah

Sotong Masak Kicap Berempah
Sotong Masak Kicap Berempah

 

Resepi Sotong Masak Kicap Berempah ni agak istimewa dari masak kicap biasa. Kalau anda mencari sedikit kelainan untuk masakan sotong bolehlah mencuba. Sotong yang ada telur di dalamnya lagi sedap. Sebenarnya masakan ni ala-ala masakan daging hitam, cuma diolah untuk sotong dan hasilnya sangat menyelerakan. Sesuai dimakan bersama nasi putih atau yang berperisa seperti nasi tomato, nasi kunyit atau yang serupa dengannya 🙂

 

Bahan-bahan:

 

  • 8-10 ekor sotong, dibersihkan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • kicap manis, secukupnya
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Bahan untuk dikisar atau tumbuk halus:
    • 1/2 biji bawang besar
    • 5 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
  • Bahan untuk rempah tumis:
    • 2 biji bunga lawang
    • 1 batang kayu manis
    • 3 batang cengkih
    • 4 biji buah pelaga

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dan rempah tumis sehingga naik bau. Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kacau sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan pula daun pandan, serai, tomato dan sotong. Apabila sotong sudah separuh masak, tuang kicap manis bersama sos tiram. Masak sehingga sotong lembut. Perasakan guladan garam secukupnya. Hati-hati kerana kicap sudah manis.
  3. Sebelum angkat, tabur hirisan bawang besar dan kacau dalam 2-3 minit.
  4. Angkat dan hidangkan.

Ayam Masak Merah Berempah

Sotong Masak Kicap Berempah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker