Ekonomi digital diunjur sumbang 25.5 % KDNK menjelang 2025

Ekonomi digital diunjur sumbang 25.5 % KDNK menjelang 2025

Ekonomi digital diunjur sumbang 25.5 % KDNK menjelang 2025
ANWAR menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Malaysia Digital Expo (MDX) 2023 di MITEC. Foto Ezairi Shamsudin

Kuala Lumpur: Malaysia mengunjurkan ekonomi digital negara menyumbang 25.5 peratus menjelang 2025 kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 23.2 peratus pada masa ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ekonomi digital negara adalah satu daripada tonggak ekonomi utama Malaysia.

Beliau berkata, pada suku ketiga 2022, ekonomi digital memperoleh pelaburan sebanyak AS$15.7 bilion ( RM73.24 bilion), mengukuhkan statusnya sebagai salah satu sektor yang paling pesat berkembang.



“Usaha ditumpukan menerusi inisiatif strategik nasional Malaysia Digital (MD) pada sembilan sektor penting iaitu perdagangan, pertanian, perkhidmatan, bandar pintar, penjagaan kesihatan, kewangan, kandungan, pelancongan dan ekonomi digital Islam.

“Sektor yang digalakkan ini mempunyai potensi pertumbuhan yang besar, menawarkan banyak peluang, dan penting dalam memacu peralihan Malaysia kepada ekonomi digital.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali




“Belanjawan 2024 direka untuk memacu pertumbuhan inovasi digital dan teknologi generasi akan datang, meletakkan Malaysia teguh di landasan untuk menjadi ekonomi yang dipacu inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Malaysia Digital Expo (MDX2023) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Menurutnya, Belanjawan 2024 memperuntukkan sumber yang besar untuk memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), memperkukuh modal insan dan memastikan pembangunan berterusan bakat masa depan.

Anwar menegaskan transformasi digital yang dianggap bidang baru bagi sesetengah pihak, tidak seharusnya meminggirkan penduduk di kawasan pedalaman dan miskin bandar.



Ekonomi digital diunjur sumbang 25.5 % KDNK menjelang 2025


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading