Rakyat China ‘lepas geram’ sambut Tahun Baharu 2023 dengan meriah

Rakyat China ‘lepas geram’ sambut Tahun Baharu 2023 dengan meriah

Rakyat China ‘lepas geram’ sambut Tahun Baharu 2023 dengan meriah

WUHAN: Ribuan orang berhimpun di Wuhan semalam untuk menghitung detik Tahun Baharu dengan harapan menjadi tahun lebih baik selepas 2022 yang ‘sukar’ ekoran sekatan Covid-19 serta kemunculan jangkitan besar, bulan lalu.

Ramai orang dilihat melepaskan belon ke langit apabila jam mencecah tengah malam, mengulangi tradisi di bandar tengah China itu sebelum kehadiran virus itu tiga tahun lalu, dan mereka turut berswafoto dengan rakan-rakan.



“Pada tahun lalu, saya merasakan bahawa Covid-19 sangat serius dan beberapa ahli keluarga saya dimasukkan ke hospital.

“Saya harap mereka akan sihat pada tahun baharu. Ini adalah perkara yang paling penting,” kata Wang, pelajar sekolah menengah Wuhan berusia 17 tahun, kepada Reuters.

Ada yang datang dengan berpakaian mahal dan hampir semua yang hadir memakai pelitup muka kerana negara itu menyaksikan gelombang COVID-19 yang cepat menular selepas sekatan dihentikan dan sejak itu, wabak mula menjangkiti sebahagian besar penduduk dengan kematian kini mencecah anggaran 9,000 sehari, menurut firma data kesihatan yang berpangkalan di United Kingdom, Airfinity.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya takut. Saya masih takut apabila saya keluar malam ini, tetapi saya hanya mahu keluar, kerana semua orang telah keluar,” kata seorang wanita bernama Jin, yangmerujuk kepada jangkitan semula Covid-19.

Orang ramai, termasuk Jin, dilihat bersesak di hadapan menara jam lama di Rumah Kastam Hankou Wuhan, sambil diperhatikan oleh sejumlah besar pegawai polis, SWAT, kakitangan berpakaian biasa yang tidak dikenali dan pekerja keselamatan lain.



Pada akhir November lalu, beratus-ratus orang mengambil bahagian dalam demonstrasi penutupan di jalan-jalan bandar di seluruh negara termasuklah di Wuhan.

Berikutan bantahan itu, China mengenepikan dasar ketat ‘sifar Covid-19’ negara itu.

“Sekatan itu berlaku terlalu lama, jadi mungkin orang ramai tidak berpuas hati. Sudah lama keadaan tidak menjadi meriah,” kata Chen, penduduk Wuhan berusia 24 tahun, yang bekerja dalam perkhidmatan e-dagang.

Polis juga dilihat menggunakan pembesar suara di beberapa lokasi, mengeluarkan pesanan ringkas dengan memberitahu orang ramai supaya tidak berkumpul, yang jelas tidak dihiraukan ramai.



Di Shanghai pula, orang ramai dilihat memenuhi laluan pejalan kaki di tepi sungai yang bersejarah, Bund.

“Kami semua dari Chengdu untuk meraikannya di Shanghai. Kami sudah pun dijangkiti Covid-19, jadi kini rasa selamat untuk berseronok,” kata Da Dai, seorang eksekutif media digital berusia 28 tahun yang melancong bersama dua rakannya. – REUTERS

Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat



Rakyat China ‘lepas geram’ sambut Tahun Baharu 2023 dengan meriah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button