Mayat dengan 4 kesan tembakan ditemukan tersangkut pada pokok
Mayat dengan 4 kesan tembakan ditemukan tersangkut pada pokok

TUMPAT: Mayat lelaki dengan empat kesan tembakan di kepala ditemukan tersangkut pada pokok di tebing Sungai Golok di Bukit Bunga, Tanah Merah, dekat sini.
Mayat itu ditemui seorang pemancing di Pangkalan Haram Belakang Berek 12 dalam keadaan mereput pada jam 3 petang semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata tiada sebarang pengenalan diri dijumpai bersama dan mayat itu hanya berseluar tanpa baju.
“Berdasarkan keadaan mayat, kita percaya kematiannya sudah lebih dua minggu dan memandangkan ia sudah mereput, proses pengecaman agar sukar dibuat.
“Begitu juga dengan kesan tembakan, kita percaya mangsa ditembak dalam jarak dekat namun siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengetahui jenis pistol yang digunakan.
“Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Tanah Merah dan kita juga akan melihat kesan lain di badan termasuk kesan suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) serta dapatkan cap jari untuk ujian DNA (asid deoksiribonukleik),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemilihan Parti UMNO : Platform untuk Kluster Broker rampas kuasa kepimpinan.
- KJ direstui Anwar untuk lawan Zahid?
- Apa Status Siasatan Kes Nazlan Dan Tommy Thomas?
Muhamad Zaki berkata, hebahan sudah dibuat kepada semua daerah di negeri ini bagi mengetahui sama ada terdapat laporan mengenai orang hilang atau sebarang insiden.
Katanya, hebahan sama juga dijalankan di sebelah negara jiran (Thailand) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Terdahulu beliau hadir di Balai Polis Wakaf Bharu bagi menyempurnakan majlis anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM 2021 yang dimenangi oleh balai polis terbabit.
Dalam perkembangan empat anggota polis yang terbabit dalam siasatan kes samun dan cabul di Tanah Merah, Muhamad Zaki berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti serta mengambil beberapa kenyataan lagi untuk melengkapkan kertas siasatan.
“Setakat ini ada bukti menunjukkan tapi kita perlukan masa untuk meneliti dan mengambil beberapa kenyataan lagi untuk membantu siasatan sebelum laporan dihantar kepada pihak atasan.
“Kita tak nafikan dalam PDRM ada yang membuat sesuatu yang menyalahi peraturan dan kami tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan secara adil,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan empat anggota polis yang berpangkat konstabel dan koperal ditahan bagi membantu siasatan untuk kes samun dan cabul pada Rabu lalu.
Keempat-empat suspek ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 395/354 Kanun Keseksaan.
Mayat dengan 4 kesan tembakan ditemukan tersangkut pada pokok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabotaj Dalaman Punca Sebenar Kekalahan UMNO Dalam PRU 15
- Mohamad Hasan dijangka kekal sebagai Timbalan Presiden
- Calon popular Ketua Pemuda Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :