Pesawah rugi RM1.4 juta padi ditenggelami banjir
Pesawah rugi RM1.4 juta padi ditenggelami banjir

PASIR PUTEH: Seramai 140 pesawah di Kampung Merkang dan Kampung Nara, di sini kerugian RM1.4 juta apabila padi yang diusahakan di tanah seluas 280 hektar gagal dituai selepas ditenggelami banjir pada 18 Disember lalu.
Wakilnya Zulkifli Mat Nor berkata, banjir luar biasa yang melanda kawasan sawah menyebabkan hasil yang sepatutnya dituai hujung Disember lalu gagal dilaksanakan.
Menurutnya, kegagalan berbuat demikian menyaksikan mereka berdepan hutang modal dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cherang Rotan yang digunakan untuk proses awal tanaman.
“Lazimnya setiap sehektar kami akan mendapat pulangan bersih sebanyak RM5,000, bagaimanapun tidak untuk musim ini.
“Apa pun kami reda dengan ketentuan itu dan berharap kerajaan akan membantu meringankan beban yang ditanggung sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Seorang lagi pewasah, Mohd. Shamsudin Deraman, 66, berkata, mereka sudah mengikuti jadual penanaman yang telah ditetapkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabotaj Dalaman Punca Sebenar Kekalahan UMNO Dalam PRU 15
- Mohamad Hasan dijangka kekal sebagai Timbalan Presiden
- Calon popular Ketua Pemuda Umno
Katanya, sebahagian padi yang telah reput sudah dibajak semula bagi membolehkan kerja penanaman musim pertama tahun ini dapat dijalankan secepat mungkin.
Sementara itu, Pengerusi PPK Cherang Rotan, A. Rahim Yunus berkata, kerja menuai terpaksa dihentikan apabila paras air semakin meningkat bermula 18 Disember lalu.
Katanya, kesemua padi tersebut ditenggelami air selama empat hari menyebabkan tanaman itu menjadi rosak.
“Bancian lengkap akan dibuat untuk memastikan jumlah sebenar keluasan dan bilangan petani yang terjejas untuk membuat permohonan bantuan meringankan beban mereka bagi memulakan musim penanaman semula serta penangguhan bayaran hutang yang terpaksa ditangguhkan.
“Setakat ini seramai 140 petani yang dikenal pasti terjejas teruk. Masing-masing sudah membuat aduan kerosakan kepada pihak berkenaan,” katanya. – UTUSAN
Pesawah rugi RM1.4 juta padi ditenggelami banjir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir , Muhyiddin pasti cari peluang ‘tawan’ UMNO guna Proksi.
- Yang Mana Satu Nazarina, Pengarah Hydroshoppe Tuuu…
- Kluster Pengkhianat Lancarkan Kempen Asal Bukan Zahid Secara Senyap
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :