Biskut Semperit Dahlia Susu
Sebagai persediaan nak sambut raya pada tahun ni, jom lah kita buat biskut semperit susu ataupun mungkin sesetengah orang panggil biskut dahlia. Senang saja cuma guna 4 bahan, kos pun murah, dan yang paling penting sedap marvelous rasa dia.
Rasa manis lemak-lemak susu dan butter, rangup gebu dan cair di mulut. Ada 3 tips penting dalam video ni untuk dapatkan biskut semperit susu yang tidak kembang, yang mudah diterap, dan juga terbentuk elok saja tak jatuh kelopak bunganya.
Serting oven: Api ATAS & BAWAH Hasil: Anggaran 120-130 biji ikut saiz
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan:
- 500g tepung jagung (mungkin tak guna semua, letak sikit2)
- 250g mentega
- ½ cawan / 150g susu pekat
- Ceri untuk hiasan
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk Biskut Semperit Dahlia Susu:
- Gris loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas pembakar.
- Di dalam mangkuk, hancurkan mentega dengan senduk.
- Masukkan susu pekat dan kacau sebati adunan secara perlahan.
- Sesudah kacau sebati, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli adunan sehingga agak lembut.
- Masukkan adunan kedalam acuan nozzle dan terapkan biskut diatas loyang.
- Hiaskan dengan potongan ceri.
- Rehatkan dalam anggaran ½ jam.
- Panaskan ketuhar dalam 10-15 minit dan bakar biskut pada suhu 160˚ selama 20 minit atau 15 minit jika saiz biskut kecil.
- Kemudian, sejukkan seketika dan Biskut Semperit Dahlia Susu siap untuk dihidang.
Tip:
- Tips pertama, kacau adunan mentega dan telur dengan perlahan dan elakkan daripada mengacau secara berlebih-lebihan bagi mendapatkan tekstur biskut semperit yang cantik.
- Tambah esen vanilla jika mahu.
- Tips kedua, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan elak memasukkan tepung jagung kedalam adunan sekaligus.
- Jika adunan tepung menjadi keras, tambahkan mentega dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
- Tips ketiga, selepas terapkan adunan biskut diatas loyang, rehatkan sekejap dalam anggaran ½ jam sebelum biskut semperit dibakar.
- Jika bawah biskut menjadi terlebih perang atau cepat perang ketika dibakar, rendahkan suhu atau pindahkan loyang pada rak atas ketuhar.
resepi-sup-tulang-yang-asli-2
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Team ‘The Alternative’ kuasai pemilihan Umno
- Yang WAJIB Di Tukar Ialah Ketua Bahagian, Bukan Presiden & Timbalan Presiden UMNO
- Makin Kuat RPK Meroyan, Tuduh UMNO Sengaja Kalah PRU 15 Untuk Gulingkan Ismail Sabri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Sudah Empat Puluh hari jadi PM, kerajaan Anwar belum dakwa sesiapa lagi .