Rita Rudaini akan tuntut di akhirat – “Sebesar kuman saya tak halalkan”
Netizen sebak tengok ‘handle’ anak seorang diri
PELAKON Rita Rudaini tidak dapat menahan sebak ketika menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 14, pulang ke sekolah berasrama selepas cuti penggal akhir tahun berakhir pada 3 Januari lalu.
Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, sayu mengucapkan selamat tinggal kepada Rayyan sambil memberitahu dia dan anak bongsunya, Airit Qaqa Arjuna, 12, bakal merindui Rayyan sepanjang berada di asrama.
“Selamat tinggal Rayyan. Mommy dan adik sedih,” katanya.
Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Membalas komen netizen yang memetik nama Aidil, Rita memberitahu dia tidak akan menghalalkan apa yang dilakukan bekas suami dan keluarganya terhadap mereka tiga beranak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir , Muhyiddin pasti cari peluang ‘tawan’ UMNO guna Proksi.
- Yang Mana Satu Nazarina, Pengarah Hydroshoppe Tuuu…
- Kluster Pengkhianat Lancarkan Kempen Asal Bukan Zahid Secara Senyap
Kata Rita, mereka akan menuntut balasan ‘di sana’ kerana menganggap perbuatan yang dilakukan terhadap mereka sangat kejam.
“Biarkan mereka seronok di dunia, sebesar kuman saya tak halalkan apa dia dan keluarga dia termasuk yang bersubahat buat pada kami tiga beranak.
“Kami tunggu ‘di sana’ sahaja. Apa yang mereka buat ini terlalu kejam. Orang luar tak tahu cerita-cerita dalam,” ujarnya.
Dalam pada itu, ramai turut memuji aktres itu yang disifatkan sebagai tabah mendidik anak-anak sebagai seorang ibu tunggal.
“Tahniah Rita. Terus kuat, awak seorang ibu yang hebat. Semoga Allah sentiasa melindungi kehidupan awak sekeluarga.
“Kita pula yang sebak, faham sangat jadi ibu tunggal yang bela anak-anak sendiri sampai besar,” tulis netizen.
Untuk rekod, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun pasangan itu bercerai pada September 2013.
Rita Rudaini akan tuntut di akhirat – “Sebesar kuman saya tak halalkan”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Team ‘The Alternative’ kuasai pemilihan Umno
- Yang WAJIB Di Tukar Ialah Ketua Bahagian, Bukan Presiden & Timbalan Presiden UMNO
- Makin Kuat RPK Meroyan, Tuduh UMNO Sengaja Kalah PRU 15 Untuk Gulingkan Ismail Sabri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Sudah Empat Puluh hari jadi PM, kerajaan Anwar belum dakwa sesiapa lagi .