Puteri Sarah Kena Sekat Suami

Rupanya Sudah Setahun Nombor Telefon Kena Sekat

Puteri Sarah Kena Sekat Suami

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan nombornya sudah setahun disekat suami, Syamsul Yusof sekaligus menjawab mengenai permintaan suaminya untuk balik dan berbincang selepas dia membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Ira Kazar, semalam.

Puteri Sarah menerusi video yang dimuat naik di Instagram semalam antara lain menjelaskan, Syamsul sebelum ini memilih untuk tidak mahu mendirikan rumah tangga dengan anak kepoada pelakon senior, Kazar Saisi itu.



“I just pelik, after four years benda ni happend, pasal you dengan dia apa semua dan i bagi peluang untuk you bercakap. Empat tahun tau, bulan empat bulan atau empat hari. Tapi you tak bercakap apa pun.

“Dan banyak kali i tanya, you nak kahwin dengan dia ke tidak? Tapi you sendiri yang kata you tak nak. Bukan dengan i saja, you cakap dengan mak bapak you, you cakap dengan sepupu you apa semua.

“You kata tak akan berkahwin dengan dia. Sebab apa i suruh you berkahwin dengan dia sebab i tak nak bersubahat dengan maksiat yang you buat itulah kan.

“So you kata baliklah i nak berbincang. Okay i nak tunjuk. Macam mana i nak berbincang dengan you. You dah blocked i. Tengok ni. Sampai sekarang pukul 7.30 (malam) ni pun, you still blocked i.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kalau you unblocked i, kan ke i boleh berbincang dengan you. Dan you block i dah setahun Mohd Syamsul,” katanya.

Selain itu, Puteri Sarah mengakui dia perlu tinggal dengan keluarganya dan keluarga Syamsul kerana memerlukan orang untuk membantu menjaga dan membesarkan dua anak mereka, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

“You tiada, you left us. I terkontang-kanting terpaksa menjaga Syaikhul dan Sumayyah. I terpaksa jawab soalan mana ayah diaorang? Setiap masa i kena tipu kata ayah work (kerja).

“So after this, kita selesaikan semua ni dekat dalam mahkamah dan saya tak nak lagi bebankan diri untuk menjawab persoalan anak-anak,” katanya lagi yang turus menjawab yang kononnya dia keluar rumah tanpa izin suami.



Terdahulu, Syamsul pada Jumaat mengumumkan telah mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar, wanita yang didakwa pernah menjadi individu ketiga dalam perkahwinanya bersama Puteri Sarah.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

 

Puteri Sarah Kena Sekat Suami

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button