Israel tahan ratusan aktivis dan pengguna media sosial Palestin
Israel tahan ratusan aktivis dan pengguna media sosial Palestin
RAMALLAH: Pihak berkuasa keselamatan Israel meneruskan kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin apabila menahan ratusan aktivis dan pengguna media sosial Palestin atas alasan menghasut keganasan, lapor kumpulan hak asasi manusia Palestin.
Pusat Kajian Tahanan Palestin mengesahkan kira-kira 410 rakyat Palestin telah ditahan sepanjang tahun lalu kerana aktiviti media sosial mereka terutamanya di laman Facebook.
Menurut portal Arab News, kumpulan hak asasi manusia itu menegaskan jumlah itu terus meningkat berbanding 390 orang pada 2021, 220 orang pada 2020, 184 orang pada 2019 dan 45 orang pada 2018.
Jurucakap Persatuan Hak Asasi Manusia Palestin, Shahid, berkata, tindakan itu jelas melanggar hak Deklarasi Hak Asasi Manusia Universal dan Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik.
Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai perkembangan yang membahayakan dalam dasar penindasan Israel terhadap Wilayah Palestin, dan mendakwa Israel meningkatkan penahanan dengan ketara tahun lalu untuk menyekat kebebasan bersuara warga Palestin.
Sekiranya Israel meneruskan dasar penindasan itu, Shahid yakin ia akan membawa kepada suasana ganas yang terus meremehkan soal hak asasi manusia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
- Saingan sengit Naib Presiden Umno
- Sistem kehakiman Malaysia setara Junta Mynmar jika Kes Najiib diadu ke United Nation.
Sebelum ini, Israel cuba memberi tekanan pada Meta yang memiliki Facebook dan Instagram, supaya menyekat akaun warga Palestin yang didakwa menghasut keganasan terhadap Israel.
Susulan itu, Meta menggantung dan menyekat ratusan akaun warga Palestin, menyebabkan ramai aktivis Palestin beralih ke platform TikTok dan Telegram.
Shahid mendakwa, ada warga Palestin yang ditangkap hanya kerana menzahirkan kemarahan terhadap penindasan dan pencerobohan berterusan Israel di wilayah Palestin, tanpa menghasut keganasan.
Israel tahan ratusan aktivis dan pengguna media sosial Palestin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina bakal tawar diri Naib Presiden?
- Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?