Reman suami isteri disyaki dalang kes letupan disambung

Reman suami isteri disyaki dalang kes letupan disambung

Reman suami isteri disyaki dalang kes letupan disambung
Tempoh reman kedua-dua suspek disambung selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini, tamat hari ini.

KUALA LUMPUR: Tempoh reman sepasang suami isteri yang ditahan berhubung kes letupan mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, 29 Disember lalu, disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata mahkamah hari ini membenarkan permohonan pihak polis untuk menyambung tempoh reman kedua-dua suspek selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini, tamat hari ini.

“Permohonan reman kali kedua terhadap dua tangkapan ini sudah dibuat dan mahkamah membenarkan reman selama tujuh hari sehingga 17 Januari ini.



“Kedua-dua suspek kini diwakili oleh peguam, R Sanisvara Nethaji Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, BH melaporkan kedua-dua suspek berusia 33 dan 30 tahun itu ditahan pada 7.30 malam dalam serbuan di sebuah taman perumahan di Serdang, Kedah pada 3 Januari lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, dipetik berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula 4 Januari lalu sehingga hari ini.

Katanya, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.



Pada 29 Disember lalu, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut akibat kecederaan parah pada badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.

Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?

Reman suami isteri disyaki dalang kes letupan disambung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading