10 hari, 5 kemalangan di Lebuhraya KL-Karak

10 hari, 5 kemalangan di Lebuhraya KL-Karak

10 hari, 5 kemalangan di Lebuhraya KL-Karak

10 hari, 5 kemalangan di Lebuhraya KL-Karak

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mencatatkan kemalangan kelima pada permulaan 2023 yang masuk hari ke-10 hari ini dengan nahas terbaharu membabitkan tiga kenderaan berat, awal pagi tadi.



Kemalangan pada jam 6.05 pagi di Kilometer (KM) 42.7 arah Bukit Tinggi-Bentong itu membabitkan dua treler membawa muatan kapur dan sebuah lori membawa muatan bingkai almunium serta kayu untuk pengubahsuaian rumah.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata sisatan mendapati nahas dipercayai berlaku berpunca daripada kegagalan brek sebuah treler ketika menuruni bukit di laluan itu.

“Treler terbabit melanggar bahagian belakang lori yang berada di lorong sebelah kiri dan rempuhan itu menyebabkan lori berkenaan terbalik.

“Treler itu kemudian melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah lagi treler yang berada di hadapan sebelum hilang kawalan dan terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Zaiham berkata, kesemua tiga pemandu serta seorang kelindan, warga tempatan berusia antara 20 hingga 45 tahun terselamat.

Bagaimanapun, seorang pemandu treler berusia 45 tahun dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Zaiham berkata, sejak 1 Januari 2023 hingga hari ini, sudah lima kemalangan termasuk kemalangan maut direkodkan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dengan kejadian berlaku di laluan antara KM40 hingga KM45 lebuh raya berkenaan.



“Pada waktu malam, laluan selepas Terowong Genting Sempah menuju ke arah timur tiada lampu jalan dan terlalu gelap berbanding laluan dari Plaza Tol Gombak menuju ke Terowong Genting Sempah.

“Mungkin sudah tiba masa pihak berwajib atau pihak konsesi lebuh raya mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelak lebih banyak kemalangan berlaku,” katanya.

Sementara itu, ANIH Berhad menerusi media sosial memaklumkan laluan kecemasan di KM42.7 ditutup sehingga lewat petang untuk kerja pembersihan dan pengalihan muatan akibat kemalangan pagi tadi.

Polis sudah tahan pemandu treler



10 hari, 5 kemalangan di Lebuhraya KL-Karak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Doomsday Menanti PN Apabila Kotak Pandora Mula Di Buka



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button