Penyokong Lula berhimpun tanda sokongan

Penyokong Lula berhimpun tanda sokongan

Penyokong Lula berhimpun tanda sokongan
GAMBAR dari pemandangan udara menunjukkan penunjuk perasaan protes mempertahankan demokrasi di Rio de Janeiro, Brazil. -AFP

 

BRASILIA: Puluhan ribu penduduk di Brazil mengadakan protes pro-demokrasi sebagai tindak balas terhadap serangan penyokong bekas presiden, Jair Bolsonaro yang menyerbu beberapa bangunan rasmi kerajaan negara itu.

Penyokong Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva yang berhimpun di bandar Sao Paulo bertindak melaungkan slogan mendesak Bolsonaro dipenjarakan.



Memetik laporan BBC, peratusan penyokong Lula yang turun ke jalanan untuk protes adalah amat luar biasa.

Malah, sebahagian besar kawasan di Paulista Avenue penuh dengan penyokong Lula yang menyanyi, menari dan melaungkan slogan menuntut keadilan.

Ramai penyokong Lula mengenakan pakaian berwarna merah yang melambangkan bendera Parti Pekerja pimpinannya sementara yang lain pula memegang plakad tertera `tiada pengampunan bagi penyerang rampasan kuasa’ dan mendesak pihak bertanggungjawab dikenakan hukuman.

Ada dalam kalangan penunjuk perasaan itu juga melaungkan slogan `Bolsonaro ke penjara’.



Ahad lalu, penyokong Bolsonaro dilaporkan merusuh dan menceroboh bangunan Kongres, Mahkamah Agung, Istana Presiden dan Kementerian di ibu kota Brasilia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Ribuan penyokong Bolsonaro bertindak ganas selepas enggan menerima keputusan pilihan raya presiden apabila Bolsonaro tewas dengan perbezaan undi yang kecil.

Lautan ‘bolsonarista’ berpakaian kuning dan hijau memecahkan tingkap serta memusnahkan peralatan termasuk perabot dan karya seni ketika mereka menyerbu masuk ke dalam bangunan Kongres untuk menuntut campur tangan tentera.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan perusuh dan berjaya mengawal semula bangunan berkenaan sekitar empat jam selepas serangan itu.



Kira-kira 1,500 orang ditahan berhubung rusuhan itu yang berlaku di ibu kota Brasilia.

Insiden itu berlaku seminggu selepas Lula mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Brazil selepas menewaskan Bolsonaro pada pilihan raya lalu.

Terdahulu, Lula bersama gabenor mengunjungi bangunan Kongres, Istana Presiden dan Mahkamah Agung yang rosak, sambil mengutuk `cubaan rampasan kuasa itu’ dan berjanji untuk menghukum pihak bertanggungjawab.

Sementara itu, isteri Bolsonaro mengesahkan pemimpin itu dimasukkan ke hospital di Florida, Amerika Syarikat (AS) selepas menderita sakit perut.



Michelle dalam satu catatan di Instagram memaklumkan Bolsonaro dalam pemantauan pihak hospital di Orlando berikutan sakit perut akibat tikaman dialaminya ketika kempen pilihan raya 2018.

Bolsonaro kini berdepan beberapa kes di Mahkamah Agung Brazil dan AS berhubung dakwaan penggunaan visa yang dikeluarkan kepada ketua negara, diplomat dan pegawai kerajaan lain.

 

Presiden Brazil dikejarkan ke hospital



Penyokong Lula berhimpun tanda sokongan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button