Resipi Popia Nestum Sedap
Resipi Popia Nestum, yang sangat sedap dan hanya menggunakan beberapa jenis bahan yang mudah didapati di kedai atau pasaraya. Cuma proses menggulungnya agak remeh tetapi hasilnya amat memuaskan hati. Kos nya jauh lebih murah jika buat sendiri berbanding dengan kuih yang dibeli. Anda boleh cuba kuih ini untuk dihidangkan di hari raya nanti. Buat keluarga besar, jika ramai-ramai bergotong rotong menyiapkannya, pasti seronok dan cepat siap.
Bahan-bahan:
- Bahan untuk popia nestum:
- 1 bungkus kulit popia
- 1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
- 1/2 cawan horlicks
- 1/2 cawan gula halus
- Bahan untuk gam:
- 2 sudu besar tepung
- 1/4 cawan air
Cara Penyediaan:
- Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
- Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
- Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
- Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
- Goreng sehingga kekuningan.
- Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.
Tip:
- Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.
Resipi Popia Nestum Sedap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Desas desus Muhyiddin akan ditangkap tersebar.
- Panas! Muhyiddin tidak akan pulang Malaysia?
- Ucapan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi pada PAU 2023 akan jadi tumpuan.