Skuter BMW yang akan masuki Malaysia ini, lebih berkuasa daripada 400cc tapi tak perlukan B Penuh
Skuter BMW yang akan masuki Malaysia ini, lebih berkuasa daripada 400cc tapi tak perlukan B Penuh
BMW Motorrad Malaysia hari ini mengumumkan yang mereka bakal membawa masuk sebuah skuter elektrik ke dalam pasaran kita. BMW CE04 adalah skuter elektrik daripada pengeluar itu yang sudah beberapa ketika dijual dalam pasaran Eropah sana.
Daripada rekaan luaran, skuter ini ada rupa paras yang radikal. Menunggangnya pasti rasa seperti anda berada dalam dunia cyberpunk. Terutamanya di bahagian separuh belakang, pelananya rata tiada kontur. Separuh depan pula ada mirip model C400GT sedia ada.
Di Malaysia, BMW Motorrad ada menawarkan dua model skuter urban. Selain C400GT, pengguna juga ada pilihan C400X yang lebih agresif bercirikan off-road. Namun, disebabkan kedua-duanya dipacu enjin pembakaran dalaman yang melebihi kapasiti 250cc, ia tidaklah popular dalam kalangan penunggang motor Malaysia dek memerlukan lesen B Penuh.
Lain ceritanya dengan CE04. Ia dilengkapi motor elektrik yang menjana kuasa 42hp dengan daya kilas setinggi 62Nm. Pemacu itu memulas roda belakang 15” menggunakan tali sawat getah. Tayar depan turut menggunakan rim saiz 15” tapi berprofil lebih halus.
Paras kuasa dan daya kilasnya jauh melangkaui varian petrol (32hp & 35Nm). Malahan 42hp adalah separas motor seperti KTM Duke 390 dan daya kilasnya hampir menyamai Yamaha MT07. Namun, mungkin atas tujuan keselamatan, kelajuan telah dihadkan secara elektronik pada paras 120km/j. Yang bagusnya, walaupun output kuasanya setara motor besar, BMW Motorrad Malaysia mengesahkan yang penunggang tak perlukan lesen B Penuh setakat ini kerana ia adalah skuter elektrik.
BMW CE04 memiliki jarak kembara sehingga 130km berbekalkan bateri berkapasiti 8.9kWh. Mampu menerima kuasa pada paras sehingga 6.9kW untuk dicas dalam tempoh sepantas 1 jam 40 minit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina bakal tawar diri Naib Presiden?
- Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
Di bahagian kokpit, panel paparan TFT sebesar 10.25” memaparkan semua maklumat yang diperlukan penunggang termasuklah navigasi berpeta melalui BMW Motorrad Connected APP. Untuk kemudahan, dua port USB disediakan dengan satu soket 12V disediakan.
Satu benda yang sangat memudahkan adalah ia ada sistem bantuan mengundur dengan mengambil manfaat daripada motor elektrik yang dimilikinya.
BMW Motorrad Malaysia tidak berkongsikan maklumat penjualan dan harganya secara khusus. Tapi mereka membayangkan yang harganya adalah sekitar RM60,000. Ia tidaklah mengejutkan kerana model C400GT dan C400X kini dijual di Malaysia pada harga bermula RM46,500.
Skuter BMW yang akan masuki Malaysia ini, lebih berkuasa daripada 400cc tapi tak perlukan B Penuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Desas desus Muhyiddin akan ditangkap tersebar.
- Panas! Muhyiddin tidak akan pulang Malaysia?
- Ucapan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi pada PAU 2023 akan jadi tumpuan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :