Wales masih perlukan Bale



London: Pengurus Wales Rob Page akan berusaha memujuk Gareth Bale kekal bersama pasukan kebangsaan selepas bintang itu mengumumkan persaraan daripada bola sepak semalam.

Bale, pemenang lima kali Liga Juara-Juara di Real Madrid, menamatkan karier gemilangnya selepas meraih 111 kap dan meledak 42 gol untuk Wales yang juga rekod untuk skuad kebangsaan.

Keputusan pemain berusia 33 tahun itu untuk bersara susulan prestasi hambar Wales di Piala Dunia pertama mereka sejak 1958 di Qatar yang menyaksikan skuad Page gagal melepasi peringkat kumpulan manakala Bale bergelut dengan isu kecergasan.

“Apabila anda memiliki seseorang seperti Gareth Bale, apa dilakukannya untuk Wales dan impak dicetuskan malah di bilik persalinan, maka itu perlu saya manfaatkan,” kata Page semalam.



“Ia sesuatu yang saya amat teruja dan saya mahu dia terus terlibat.”

Pengumuman Bale menandakan berakhirnya era – dia menjadi tonggak Wales dalam tiga daripada empat kejohanan utama terakhir.

Wales memulakan kempen kelayakan Euro 2024 pada Mac dengan berkunjung ke Croatia dan menentang Latvia di tempat sendiri.

AFP





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker