Nahas Litar Dato’ Sagor: 9 saksi utama sudah dipanggil rakam keterangan

Nahas Litar Dato’ Sagor: 9 saksi utama sudah dipanggil rakam keterangan

Nahas Litar Dato' Sagor: 9 saksi utama sudah dipanggil rakam keterangan

IPOH: Polis sudah memanggil sembilan saksi utama, setakat ini, untuk dirakam keterangan berhubung insiden kemalangan yang meragut nyawa seorang penonton di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Pasir Salak, pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata walaupun kertas siasatan telah pada peringkat akhir untuk dilengkapkan, pihaknya tidak menolak kemungkinan saksi bebas akan turut dipanggil untuk diambil keterangan selepas ini.



“Sembilan saksi utama yang sudah dipanggil itu meliputi penganjur pertandingan, rakan mangsa, pegawai yang terbabit dan lain-lain. Daripada itu, kita perkembangkan lagi saksi-saksi bebas lain untuk dipanggil (selepas ini),” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang 31 Disember lalu, seorang pengusaha bengkel kenderaan maut selepas dirempuh sebuah kereta lumba ketika menyaksikan pertandingan ‘CCT Battle of Champion’ di Litar Dato’ Sagor.

Mangsa, Muhammad Amir Mohd Yusoff, 32, dari Taiping, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan, akibat kecederaan parah di kepala dan pendarahan di paru-paru.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Media sebelum ini melaporkan Mohd Yusri berkata, terdahulu dua kereta lumba jenis Proton Satria dipercayai hilang kawalan selepas bergesel ketika menghampiri garisan penamat.



Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, pihaknya memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas sekiranya terbukti kejadian itu berpunca daripada kesalahan pihak tertentu yang tidak mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Ia bagi memastikan perkara itu tidak lagi berulang. Mana-mana persatuan, kumpulan atau orang perseorangan yang melakukan kesalahan tidak mematuhi peraturan dan SOP, kita akan mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya.

“Orang ramai yang ingin menyertai apa jua acara sukan ekstrem, termasuk perlumbaan kereta, basikal, motosikal, mendaki dan sebagainya, turut dinasihat agar memastikan pihak penganjur mendapat kelulusan serta kebenaran pihak berautoriti dan sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan,” katanya.

Usahawan ‘baru nak up’ saksi kek tunggang langgang dalam chiller [VIDEO]



Nahas Litar Dato’ Sagor: 9 saksi utama sudah dipanggil rakam keterangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button