Mesej terakhir jadi petunjuk jejaki Azran

Mesej terakhir jadi petunjuk jejaki Azran

Mesej terakhir jadi petunjuk jejaki Azran
Mayat Azran ditemui bersama motosikalnya dalam kawasan semak.

IPOH: Mesej terakhir dalam kumpulan WhatsApp menjadi petunjuk untuk lima sekawan menjejaki rakan mereka, Azran Rahmat yang hilang sejak Sabtu lalu, sehingga membawa kepada penemuan mayat mangsa bersama motosikalnya dalam semak, kelmarin selepas dipercayai terbabit nahas di Kilometer (KM) 22 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik.

Terdahulu, mangsa yang berumur 46 itu dikatakan menunggang motosikal Kawasaki Ninja ZX636 secara bersendirian dari rumahnya di Kuala Ketil, Kedah menuju ke arah Hentian Titiwangsa, pagi Sabtu lalu.

Seorang daripada lima sahabat terbabit, Kamarul Rizal Ali Abdan, 46, berkata sebelum kejadian, Azran ada memaklumkan dalam kumpulan WhatsApp mereka bahawa dirinya berada di sebuah stesen minyak di Bandariang, Gerik, kira-kira jam 10.30 pagi sama.



Namun, beliau berkata, mesej terbabit hanya menjadi perhatian pada pagi kelmarin selepas seorang lagi rakan, Badrul Hisham Abdullah, 48, kongsikan berita kehilangan Azran daripada bapa mangsa yang mendakwa anaknya itu tidak pulang ke rumah serta gagal dihubungi sejak hari itu.

“Menurut mesej terakhirnya pada Sabtu lalu, Azran memberitahu berada di sebuah stesen minyak di Bandariang. Maklumat itu menjadi titik rujukan untuk kami berlima memulakan usaha mencari Azran dengan menaiki sebuah kereta menuju ke Hentian Titiwangsa, kerana berasa tidak sedap hati susulan berita kehilangannya.

“Memang menjadi kebiasaan Azran mengunjungi Hentian Titiwangsa untuk makan-makan dan ‘mengambil angin’ di situ memandangkan arwah belum berkahwin. Oleh itu, kami cuba mencari Azran di sepanjang perjalanan antara dua titik lokasi terbabit sebelum berhasil menjumpai bangkai motosikalnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Rakaman melalui kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) yang memaparkan usaha lima sekawan itu mencari Azran, tular dalam media sosial sejak kelmarin.



Menceritakan lanjut, Kamarul berkata, Azran ada mengajak beliau bersama rakan lain untuk menunggang motosikal secara konvoi menuju ke Gerik dari Kuala Ketil, pagi Sabtu lalu.

“Bagaimanapun, saya bersama seorang lagi rakan perlu menyelesaikan kerja terlebih dahulu dan menyusuli beliau kemudian. Namun, apabila kami sampai lewat di Hentian Titiwangsa, Azran didapati sudah tiada di situ serta gagal dihubungi ketika itu.

“Ia sehinggalah kelmarin apabila kehilangan Azran mula menjadi bualan dalam kumpulan WhatsApp berserta laporan polis oleh bapa Azran, maka kami memulakan usaha menjejaki beliau,” katanya.

Sementara itu, Badrul Hisham yang turut menyertai usaha menjejaki Azran, berkata dalam proses pencarian berkenaan, mereka berlima juga merujuk balai polis di laluan terbabit dan memeriksa di Hospital Gerik sama ada Azran dirawat di situ.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Selepas ia tidak berhasil, kami menaiki kereta yang dipandu perlahan untuk meninjau sepanjang laluan terbabit, terutama di lokasi dikenal pasti sebagai kawasan panas berlaku kemalangan, sehinggalah akhirnya ternampak bangkai motosikal Azran dalam semak secara kebetulan.

“Pada masa itu, saya yang memandu kereta dinaiki kami berlima, berhenti seketika di bahu jalan untuk memberi laluan kenderaan lain memotong. Saya memandu perlahan untuk memerhatikan keadaan di sekitar jalan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, dilaporkan berkata motosikal ditunggang mangsa dipercayai gagal dikawal setiba di tempat kejadian, sebelum terbabas ke dalam semak berdekatan.

Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”



Mesej terakhir jadi petunjuk jejaki Azran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading