Hanya kumpulan kecil ‘boo’ usul tambahan tiada pertandingan – Puad

KUALA LUMPUR: Tindakan laungan ‘boo’ sebagai menolak usul tambahan tiada pertandingan bagi pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden adalah satu tindakan tidak bersusila dan membabitkan hanya kumpulan kecil.

Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata hanya dua orang Ketua Bahagian yang terbabit dengan tindakan laungan ‘boo’ itu.

“Padahal yang boo itu hanya dua tiga kerat Ketua Bahagian yang pro perancang utama SD (akuan bersumpah) dokong Muhyiddin sebagai PM (Perdana Menteri), sedangkan hampir dua pertiga perwakilan berdiri sokong usul tambahan oleh wakil Negeri Sembilan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.



Semalam, beberapa portal berita melaporkan sekumpulan perwakilan dilihat membuat laungan ‘boo’ ketika wakil daripada Negeri Sembilan, Mohd Shukri Samsudin mengemukakan usul supaya tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti itu dan kemudiannya disokong oleh Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku.

Puad yang diundi menjadi pembantu Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO 2022, menjelaskan pembahas selepas itu semua menyokong usul tiada pertandingan itu.

“Apa pun tengok hari ini. Usul itu akan diundi, jangan pula tuduh di belakang, parti tidak demokratik selepas diundi,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading