Azhar Sulaiman faham jiwa anak remaja
Harap Kasih Leona berubah apabila berjauhan dengan keluarga di UK

“Pertama sekalinya, saya bersyukur kerana kedua-dua anak kembar saya dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara secara serentak.
“Saya berharap di sana mereka akan menjadi individu yang lebih baik dan seterusnya pulang ke Malaysia mendapat pekerjaan yang bagus,” katanya kepada mStar.

“Balik sahaja ke Malaysia harapnya mereka boleh mendapatkan pekerjaan yang baik… umur 25 atau 26 settle down untuk berkahwin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ROS Akan Batalkan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden PKR Yang Di Menangi Rafizi?
- Usaha Muhyiddin Cuci Tangan Dengan Menyalahkan Ismail Sabri Dalam Masalah Ekonomi
- Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
“Saya tidak meletakkan syarat umur untuk mereka berkahwin tetapi apa yang saya harapkan mereka hidup seperti orang normal yang lain.
“Mereka juga pasti ingin melihat anak-anak masuk ke universiti, jadi kalau kahwin lambat nanti bila anak sambung belajar, mereka pun sudah tua,” ujarnya.
Sebelum ini, Azhar menerusi laman Instagram memberitahu dia tidak begitu sedih melepaskan anak-anak belajar di luar negara kerana mereka sudah biasa melancong ke luar negara.

“Tiga tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan imej baharu, UK kan sejuk,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sementara itu, Azhar meletakkan harapan agar anak gadisnya itu mengambil peluang untuk berubah menjadi individu lebih baik sepanjang hidup berjauhan dengan keluarga.
“Tidak dinafikan penampilan Leona sering mendapat perhatian para peminat saya. Saya berharap apabila Leona ke UK dia dapat tukar mindset dan berfikir ke arah positif.
“Apa-apa pun saya faham Leona masih remaja, dia perlu melalui banyak fasa dalam kehidupan, jadi saya beri dia ruang untuk berfikir sendiri mana yang baik dan buruk untuk dirinya,” ujarnya.