Resepi Cheesekut Milo
Kali ni Che Nom nak buat satu dessert iaitu cheesekut Milo yang mudah, cepat, tak perlu bakar guna oven ataupun kukus. Telur pun tak perlu diletakkan.
Ada 2 bahagian penting untuk buat cheesekut ni iaitu adnunan cheese milo, dan kedua, lapisan biskut cream creckers yang dicelup dalam susu. Kita susun cara berlapis dan berselang seli sampai dapat lapisan cheesekut milo yang menarik dan sedap. Kalau makan sejuk-sejuk memang best. Nak buat jualan pon sesuai sangat ni.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk cheesekut Milo:
- 1 pek biskut Cream Crackers
- 250g krim keju
- 6 sb susu pekat
- 1/2 cwn susu penuh krim
- 1/2 cwn serbuk Milo
- 1 cwn susu penuh krim (untuk celup)
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk cheesekut milo:
- Potong cream cheese dan timbang. Kalau nak senang boleh beli pek kecil 250g, boleh terus guna, tak perlu susah-susah timbang.
- Tekan-tekan cream cheese sampai lembut, kemudian masukkan susu pekat. Kacau sebati kedua-dua bahan.
- Dalam bekas berasingan, panaskan susu full cream dan serbuk Milo. Kacau sampai larut. Api tak perlu panas sangat, suam-suam dah cukup.
- Tuang masuk adunan Milo sedikit demi sedikit dalam adunan cream cheese tadi dan kacau sebati.
- Tuang susu full cream dalam mangkuk dan celup biskut cream crackers dalam susu. Kalau suka cheesekut yang lembik boleh celup lama sikit.
- Susun biskut dalam bekas atau loyang.
- Untuk bahagian tepi yang kecil, boleh potong biskut dengan pisau tajam untuk lebih kemas.
- Bila lapisan biskut pertama dah siap susun, boleh masukkan adunan cheese dan ratakan.
- Ulang langkah yang sama (susun biskut dan ratakan adunan cheese) anggaran 4 lapisan atau sampai habis.
- Biskut yang lebih boleh hancurkan dan tabur atas cheesekut.
- Akhir sekali boleh tabur serbuk Milo sebagai hiasan.
- Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3-5 jam. Simpan semalaman lebih bagus sebab aduanan basah cheese Milo tu akan meresap sepenuhnya pada biskut cream crackers.
Tip:
- Che Nom guna jenama Beqa sebab jenama ni lebih lembut berbanding Philadelphia dan Anchor.
- Che Nom buat 4 lapisan, kalau nak lapisan cheese tebal boleh kurangkan lapisan biskut dan sebaliknya.
- Sebelum simpan dalam peti sejuk seeloknya balut bekas cheesekut dengan plastic clingwrap atau tutup elok-elok untuk elak dari meresap bau dari peti sejuk.
Resepi Cheesekut Milo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perdana Menteri Dedahkan Berlaku Ketirisan Perbelanjaan Kementerian Pertahanan, Nama Siapa Yang Bakal Naik
- Ismail Sabri pertahan atau tidak Naib Presiden?
- Pasca PAU2022, kejutan bakal berlaku Jumaat?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini