Resepi Sambal Ijo

Resepi Sambal Ijo
Resepi Sambal Ijo

 

Kali ni Che Nom nak masak sambal, bukan sebarang sambal tapi sambal hijau atau sambal ijo ala-ala rumah Padang. Bagi Che nom sambal ni menarik sangat sebab warnanya hijaunya tu. Kita guna bahan-bahan yang bewarna hijau dan ada acara untuk kekalkan warnanya. Che Nom masak banyak-banyak dan botolkan, senang nak makan dengan ayam goreng ke, dengan bilis petai atau makan dgn nasik panas cukup terbaik. Resepi asal dari Chef Eddy Siswanto, Che Nom suka sangat tengok chef masak. Memang menjadi dan sedap sambal ijo ni, cuma apa yang berbeza dari resepi asal Che Nom tambah tomato aja. Hasilnya memang pekat, pedas dan padu. Anda kena cuba ye.

 

Bahan-bahan:

 



  • Bahan-bahan untuk sambal ijo:
    • 450g cili padi hijau
    • 150g cili besar hijau
    • 1-2 biji tomato hijau
    • 30g ikan bilis
    • 2-3 cwn minyak masak
    • 2-3 biji bawang merah kecil
    • 1 biji bawang holland
    • 5 ulas bawang putih
    • Garam secukup rasa
    • 1 sb serbuk seasoning
    • 4 helai daun limau purut

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk sambal:
    1. Potong kasar tomato (pastikan guna tomato yang masih hijau) dan bawang holland.
    2. Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
    3. Daun limau purut koyak buang tulang tengah
    4. Bersihkan cili api dan cili besar kemudian tos kering.
    5. Cabut tangkai cili dan patahkan.
    6. Didihkan air dan rebus semua cili dan tomato (tak perlu lama lebih kurang macam celur saja, kalau lama takut cili berubah warna).
    7. Bila cili dan lembut sikit boleh angkat dan bilas dengan air sejuk.
    8. Masukkan bahan yang direbus tadi dalam food processor atau blender kemudian kisar kasar (kalau rajin boleh tumbuk).
    9. Basuh bersih ikan bilis dan goreng separuh masak. Bila dah masak boleh angkat dan ketepikan.
    10. Dalam minyak yang sama, tumis bawang merah sampai lembut. Pastikan api kecil sebab takut bawang jadi perang sangat dan garing.
    11. Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih. Kacau sampai bawang lembut.
    12. Masukkan bahan kisar tadi dan kacau sampai lembut dan air kering sikit.
    13. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa (pilihan), boleh tambah kiub pati ayam kalau suka. Kacau sebati.
    14. Tabur daun limau purut dan ikan bilis goreng.
    15. Tutup api bila dah masak boleh dan sejukkan.
  2. Cara-cara untuk simpan:
    1. Rebus balang kaca dalam air panas untuk matikan kuman.
    2. Keluarkan botol dan keringkan.
    3. Senduk masuk sambal kedalam botol.
    4. Tutup rapat dan simpan dalam peti ais.

 

Tip:

 



  • Kalau nak kurangkan pedas boleh kurangkan cili padi anggaran 400-350g dan lebihkan cili besar.
  • Pastikan air betul-betul mendidih sebelum rebus cili dan tomato.
  • Selepas rebus cili dan tomato, bilas atau rendam dalam air sejuk untuk hentikan proses pemanasan dan maintain warna hijau
  • Untuk simpan sambal dalam suhu bilik boleh gunakan kaedah retort (masukkan dalam pressure cooker).

Daging Masak Hitam

Resepi Sambal Ijo


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button