Sambal Tumis Sotong Kering

Sambal Tumis Sotong Kering
Sambal Tumis Sotong Kering

 

Kali ni Che Nom nak masak sambal sotong kering, yang padu sangat kalau kita makan bersama dengan nasi lemak atau kuah lodeh.

Cara Che Nom untuk sambal sotong kering, kuah sambal nya mesti lah pekat, pedas dan berlemak rasanya. Cili pun kena lebih kan, barulah sedap. Nak masak mudah sahaja, cuma kena tau cara untuk lembutkan sotongn kering dan Che Nom tunjuk cara untuk melembutkan sotong menggunakan satu bahan. Kalau ada sesiapa yang tahu cara lain untuk lembutkan sotong kering, bolehlah berkongsi.

 



Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 1/2 biji bawang besar
    • 6-8 biji bawang merah kecil
    • 5 ulas bawang putih
    • 1/2 inci halia
    • 1/2 inci belacan
    • 20-25 tangkai cili kering
    • Atau 2-3 senduk cili kisar
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • 2 ekor sotong kering, saiz besar
    • 1 ketul ubat sotong
    • Air secukupnya, untuk merendam
    • 1 sb gula melaka
    • 2 sb air asam jawa
    • Garam secukup rasa
    • 1/2 biji bawang besar
    • 2 sb serbuk kacang tanah

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk sambal:
    1. Potong kasar bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, dan halia.
    2. Hiris nipis bawang besar (untuk menumis).
    3. Cili kering rebus dan buang biji, kalau nak guna cili kisar pon boleh, masuk anggaran 2-3 senduk.
    4. Kacang tanah goreng dan tumbuk kasar (boleh buang kulit dulu kalau rajin).
    5. Masukkan cili kering, bahan potong kasar, belacan dan sedikit air. Kisar halus.
    6. Rendam sotong kering dengan ubat sotong (untuk lembutkan sotong) anggaran 14 jam. Air kena banyak biar sotong tengelam.
    7. Bila sotong dah kembang boleh bilas dengan air 3-4 kali dan buang lendir-lendir yang masih melekat.
    8. Trim buang bahagian kepala sotong yang keras (bahagian mata dan gigi).
    9. Potong kasar janggut (boleh lerai-leraikan kalau tak nak potong) dan badan sotong anggaran 1 ruas jari.
    10. Panaskan air sampai mendidih dan rebus sotong anggaran 5 minit (jangan lama).
    11. Bila dah rebus boleh angkat dan bilas dengan air sejuk.
    12. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai kekuningan dan lembut.
    13. Masukan bahan kisar halus dan air (kocak dari blender). Kemudian tumis sampai warna sambal sedikit gelap dan garing.
    14. Masukkan gula melaka, air asam jawa, sedikit air dan kacau sebati. Sambung tumis sampai pecah minyak.
    15. Masukkan garam (sikit je sebab belacan tadi dah masin) dan kacau sebati. Nak tambah perasa pon boleh.
    16. Masukkan sotong dan kacau sebati. Air sotong akan keluar masa ni tapi kalau nak lebihkan kuah boleh tambah air sikit-sikit.
    17. Masukkan hirisan bawang besar dan kacang tumbuk. Teruskan masak sampai bawang layu anggaran 2-3 minit.
    18. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
    19. Boleh tabur lagi kacang tumbuk sebagai hiasan.

 



Tip:

 

  • Kalau masak blend biji cili tak hancur, boleh tambah sedikit minyak masak masa kisar.
  • Jangan tumis bawang sampai garing, tujuannya supaya nanti bawang akan lebur dalam sambal dan maniskan kuah.

Resepi Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong Kering


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button