Isu penghantaran kereta kebal ke Ukraine, Scholz masih berdiam diri

Isu penghantaran kereta kebal ke Ukraine, Scholz masih berdiam diri

Isu penghantaran kereta kebal ke Ukraine, Scholz masih berdiam diri
CANSELOR Jerman, Olaf Scholz menyampaikan ucapan di pusat Kongres semasa Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Davos. – AFP

DAVOS: Canselor Jerman, Olaf Scholz menegaskan negaranya akan terus menzahirkan sokongan yang kuat kepada Ukraine selagi diperlukan tanpa menyebut mengenai isu penghantaran kereta kebal.

Scholz dikatakan masih mengambil pendekatan berdiam diri walaupun Jerman ketika ini berdepan tekanan hebat untuk menghantar kenderaan tempur itu ke Ukraine atau sekurang-kurangnya meluluskan pemindahan senjata itu dari negara ketiga.

Sekutu Eropah menggesa Scholz bersetuju dengan penghantaran kereta kebal Leopard buatan Jerman bagi membantu Ukraine memenangi pertempuran dengan Russia.



Scholz ketika berucap pada Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Davos hanya menegaskan mengenai komitmen Jerman yang secara berterusan membekalkan sejumlah besar senjata kepada Ukraine, dengan berunding bersama rakan kongsi lain.

Bagaimanapun, pemimpin itu tidak sama sekali menyatakan mengenai penghantaran kereta kebal.

Malah, selepas sesi ucapan itu, Scholz diminta mengulas mengenai pandangan Jerman berhubung perkara berkenaan.

Scholz gagal menyebut mengenai kereta kebal Leopard ketika menyenaraikan segala senjata merangkumi sistem pertahanan udara Iris-T sehingga kenderaan berperisai Marder yang dibekalkan kepada Ukraine.



Sebaliknya, beliau hanya mengulangi bahawa Jerman bukan sahaja menyokong Ukraine dengan bantuan kemanusiaan dan kewangan malah turut membekalkan banyak senjata. – AFP

Ambil kesempatan jual susu badan

Isu penghantaran kereta kebal ke Ukraine, Scholz masih berdiam diri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button