Hipkins optimis mampu galas tanggungjawab

Hipkins optimis mampu galas tanggungjawab

Hipkins optimis mampu galas tanggungjawab
Hipkins (kiri) dan Sepuloni menghadiri sidang media pertama mereka di Parlimen di Wellington kelmarin.-AFP

WELLINGTON: Perdana Menteri baharu New Zealand, Chris Hipkins bakal berdepan cabaran getir untuk mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap parti Buruh selepas pembangkang mendahului dalam tinjauan pendapat terkini.

Selain itu beliau perlu melaksanakan pelan yang lebih mampan selepas pakar menjangkakan  New Zealand bakal dilanda kemelesetan ekonomi sebelum pilihan raya umum 14 Oktober ini.

Hipkins akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Rabu ini selepas Jacinda Ardern secara rasmi meletak jawatan.



Parti Buruh dilaporkan telah melaksanakan beberapa dasar yang disifatkan tidak popular atau menelan kos yang terlalu besar, termasuk cadangan penggabungan stesen radio dan televisyen milik kerajaan serta baik pulih pemilikan infrastruktur air negara.

Walaupun Ardern popular pada tempoh awal pemerintahannya lima tahun lalu, prestasinya dikatakan sedikit  merosot akibat sekatan Covid-19 yang ketat, peningkatan kos sara hidup, kadar gadai janji serta kebimbangan tentang jenayah.

Bagaimanapun Hipkins kekal optimis mampu meggalas tanggungjawab tersebut selepas tinjauan tempatan menunjukkan Hipkins adalah calon berpotensi paling popular dalam kalangan pengundi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya benar-benar optimis saya mendapat banyak sokongan. Saya yakin rakyat New Zealand akan memberi saya peluang untuk melaksanakannya,” tegasnya dalam temubual bersama saluran TVNZ.



Hipkins mengakui beliau mengambil alih tugas pada tempoh yang sukar dan menegaskan kerajaannya akan memberi tumpuan kepada isu-isu domestik.

“Sepanjang minggu ini Kabinet akan membuat keputusan untuk mengekang beberapa program dan projek yang tidak penting sekarang.

“Kami akan memberi tumpuan kepada rakyat New Zealand yang berpendapatan sederhana dan rendah serta perniagaan kecil yang sedang berdepan cabaran besar.

“Ekonomi kami masih berada dalam keadaan yang lebih baik daripada kebanyakan di seluruh dunia dan kami benar-benar berazam untuk membantu dan memberi sokonga diperlukan kepada rakyat New Zealand untuk melalui fasa ekonomi yang sukar ini,” katanya.



LANTIK SEPULONI SEBAGAI TIMBALAN, HARGAI JASA ARDEN 

Dikenali sebagai ‘Chippy’, Hipkins membina reputasi menerusi kecekapannya dalam menangani Covid-19 dan menjadi penyelesai masalah untuk Ardern ketika menteri Kabinet lain bergelut dengan wabak itu.

Pertama kali dipilih sebagai ahli Parlimen pada tahun 2008, beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Kesihatan pada Julai 2020 sebelum menjadi Menteri Tindak Balas Covid-19 pada akhir tahun tersebut.

Hipkins menamakan Carmel Sepuloni sebagai Timbalan Perdana Menteri, sekali gus wanita itu turut mencipta sejarah sebagai ahli politik pertama  berasal dari Pasifik yang dipilih menyandang jawatan itu.

Sepuloni, 46, berketurunan Samoa, Tonga dan Eropah yang  tinggal di Auckland.



Beliau memegang beberapa portfolio termasuk pembangunan sosial dan pekerjaan serta seni, budaya dan warisan.

Dalam pada itu, Hipkins turut mengiktiraf kepimpinan Ardern, yang digelar sebagai salah seorang Perdana Menteri terhebat New Zealand dan antara sumber inspirasi kepada wanita di seluruh dunia

“Beliau berusaha menyuarakan hak mereka yang sering diabaikan ketika waktu-waktu paling mencabar dan sering melaksanakan tugas politiknya secara berbeza.

“Tetapi beberapa kebencian yang dihadapi Ardern semasa penggalnya adalah peringatan bahawa kami memerlukan pendekatan baharu untuk memastikan wanita dalam kepimpinan menerima penghormatan yang sama seperti rakan lelaki mereka,” tambahnya.-AFP



Chris Hipkins calon tunggal PM New Zealand

Hipkins optimis mampu galas tanggungjawab


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button