Resepi Ayam Masak Bali
Resepi Ayam Masak Bali yang pernah menjadi viral di Facebook, dan setelah mencuba masak Ayam Bali ni terus terang Che Nom katakan yang rasanya sangat-sangat sedap. Bahan pun mudah sahaja dan masa penyediaan pun tidak terlalu lama.
Kelainan masakan ni terletak kepada bahan utama iaitu jumlah serai yang banyak dan juga daun kari yang dimasukkan semasa menumis. Aroma serai dan daun kari memang membangkitkan bau dan rasa istimewa. Bagi Che Nom, ayam masak bali ni sesuai juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi berperisa yang lain.
Untuk rasa manis pula Che Nom gunakan gula melaka dan hasilnya memang sedap.
Resepi ini ditulis untuk anggaran seekor ayam, Jika anda ingin masak cuma setengah ekor ayam, kurangkan bahan dalam anggaran separuh sahaja.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- 8 batang serai, dititik
- 6 tangkai daun kari
- 1 senduk cili kisar
- 3 sudu besar kicap manis
- minyak masak
- gula melaka atau gula pasir
- sedikit air
- Bahan-bahan untuk kisar halus:
- 5 biji bawang besar
- 10 biji bawang merah
- 10-12 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci belacan
Cara Penyediaan:
- Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
- Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
- Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.
Tip:
- Che Nom lebihkan sedikit rasa manis untuk ayam masak bali ni. Boleh sesuaikan mengikut citarasa anda.
Resepi Ayam Masak Bali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peguam Najib , TS Shafie bangkitkan isu pelanggaran undang undang dalam perbicaraan Najib.
- Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman
- Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
- Mahkamah khilaf bila peguam tarik diri kes Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :