Norris ganti Leclerc?



London: Lando Norris mungkin menyertai Ferrari jika pasukan Formula Satu (F1) itu kehilangan Charles Leclerc yang menarik minat Mercedes, menurut laporan semalam.

Lewis Hamilton, 38, dijangka menandatangani kontrak baharu dengan Mercedes sehingga penghujung 2025 tetapi keputusan besar akhirnya perlu dilakukan untuk menggantikannya.

Leclerc yang kini bersama Ferrari muncul calon pilihan dan bekas pengurus pasukan dari Itali itu berpendapat mereka dijangka mendapatkan pemandu McLaren, Norris.

“Saya yakin [Toto Wolff] akan berusaha mendapatkan Leclerc,” kata Peter Windsor.



“Jika Leclerc dari Ferrari berpindah ke Mercedes bagi menggantikan Lewis, mereka akan berusaha sedaya upaya mendapatkan Lando yang pastinya sukar menolak tawaran itu.”

“Lando akan memikirkan apa akan berlaku seterusnya dan menunggu kenyataan Lewis: “Ini tarikhnya (saya akan bersara) dan Lando kemudiannya boleh membuat persiapan.”

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker