Makanan Korea Di Restoran KL & Selangor 

Rasa Lebih Authentic Bila Makan 

Makanan Korea Di Restoran KL & Selangor 
Makanan Korea Di Restoran KL & Selangor 
Foto – Instagram

Siapa yang automatik jadi terliur dan craving bila tiap kali tonton drama, filem atau variety shows Korea?

Apabila tiba part makanan, memang tak dinafikan kita akan jadi kecur air liur dan terus rasa nak makan makanan Korea. Jika visualnya sudah nampak menyelerakan, apatah lagi rasanya. Memang sedaplah!

Nak cari makanan Korea di Malaysia terutamanya Kuala Lumpur dan Selangor sebenarnya senang saja. Memandangkan kini sudah ada banyak restoran Korea dibuka, Miss Murai nak syorkan kamu beberapa restoran yang  best.

Psst… Setiap restoran yang disyorkan ini ada halal tau!



1. Dookki Malaysia

Rasa teringin nak makan tteokbokki yang sedap? Apa kata kamu pergi ke Dookki Malaysia untuk cuba pelbagai jenis tteokbokki yang dibawa khas daripada Korea Selatan.

View this post on Instagram

A post shared by Dookki Malaysia (@mydookki)



Padankannya hidangan tteokbokki dengan kek ikan, ayam, makanan laut, tempura dan pelbagai makanan lain. Dan sekiranya kamu peminat makanan pedas, kamu boleh request tahap kepedasan tteokbokki pada pelayan.

2. Sweetree Restaurant

Tekak teringin nak makan dakgalbi, BBQ Korea, samgyetang, ayam goreng Korea dan sebagainya? Cuba kamu pergi ke Sweetree Restaurant.

Sebut sahaja apa yang kamu teringin nak makan, semuanya ada di sini. Selain daripada makanan Korea, kamu juga boleh mencuba beberapa makanan lain seperti pasta, kentang goreng mahupun Vietnamese wrap.



3. SeoulNami Korean BBQ

Terletak di Garden Mall, SeoulNami Korean BBQ menawarkan on-table grill Korean BBQ yang sangat sesuai untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan kecil mahupun besar.

Menu terkenal mereka adalah Chuncheon Chicken BBQ iaitu potongan ayam lembut yang terdapat dalam 4 jenis perisa dari spicy hot pepper sehingga sweet honey butter.

4. Gangnam Station Restaurant 

Kamu berada di Shah Alam dan teringin makan makanan Korea? Cuba kunjungi Gangnam Station Restaurant.

Pelbagai jenis menu dan mempunyai pekerja yang mesra, ramai pelanggan datang untuk mencuba menu berasaskan nasi dan mee. Salah satu makanan yang popular di sini adalah bulgogi.

6. Kung Jung Korean Restaurant

Ada banyak pilihan makanan Korea yang boleh buatkan kamu jadi kecur liur untuk memesannya. Apa yang Miss Murai nak syorkan adalah bibimbap, set bbq, ssam jang dan banyak lagi.

 

Bila baca review, ramai yang mengatakan daging yang digunakan dalam set bbq adalah daging yang sangat segar.

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading