Lebih 15 rumah penduduk di Pantai Kampung Damat diancam hakisan
Lebih 15 rumah penduduk di Pantai Kampung Damat diancam hakisan
BACHOK: Lebih 15 rumah di pesisir pantai Kampung Damat, di sini, diancam hakisan akibat ombak yang membadai lokasi itu sejak Khamis.
Seorang penduduk, Nik Sin Nik Lah, 69, merayu kerajaan agar segera membina benteng penahan ombak bagi memastikan keselamatan kediaman serta nyawa penduduk.
“Ini sahaja cara untuk menyelamatkan rumah penduduk yang berada di kawasan ini. Jika tidak berkemungkinan besar kediaman kami akan musnah dibadai ombak dalam tempoh terdekat memandangkan lokasi ini menghadap Laut China Selatan.
“Sejak beberapa tahun lepas lebih satu kilometer pantai di kawasan ini sudah menjadi sebahagian kawasan laut,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Hassan Abdul Rahman, 90, berkata ombak besar yang membadai kawasan itu menyebabkan dia bersama ahli keluarga terpaksa lari menyelamatkan diri ke rumah jiran.
“Dua hari lepas (Khamis) saya serta cucu terpaksa lari dan tidur di rumah jiran yang berada jauh dari kawasan pantai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri tidak berani lapor kepada RoS?
- Mungkinkah Jho Lo Dan Pasangan Beliau Yang Panjat Menara 118?
- Kredibiliti Hadi Awang Ibarat Telur Di Hujung Tanduk
- Dalil’ apa akan digunakan PAS untuk ‘halalkan’ rasuah?
- Tok Mat Hassan: Status KJ Di Tentukan Petang Ini
“Kejadian turut menyebabkan lebih lima batang pokok kelapa berhampiran rumah saya turut tumbang,” katanya.
Bagi Norazaha Hassan, 52, dia bersama ahli keluarganya sanggup berpindah ke kawasan lain jika ada tawaran daripada kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan.
Katanya, mereka ada memohon untuk mendapatkan rumah di Projek Penempatan Semula Nelayan Tok Bali, Pasir Puteh tetapi gagal.
“Saya harap mana-mana pihak dapat membantu memindahkan keluarga saya ke kawasan yang lebih selamat kerana rumah ini pun saya bina dengan menumpang di tanah orang,” katanya. – BERNAMA
Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas
Lebih 15 rumah penduduk di Pantai Kampung Damat diancam hakisan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’
- Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa
- Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan
- Mahathir tulis berkenaan Najib sebab hendak “divert” kes Sulu dan tindakan disiplin barua barua nya dari UMNO.
- Bila sudah jadi Menteri , Rafizi tak jumpa Formula.
- ‘Kaki sabotaj’ akan terima padah malam ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas