SPRM tahan pengurus syarikat buat tuntutan palsu RM180,000

SPRM tahan pengurus syarikat buat tuntutan palsu RM180,000

SPRM tahan pengurus syarikat buat tuntutan palsu RM180,000
Gambar hiasanSPRM tahan pengurus syarikat buat tuntutan palsu RM180,000

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus sebuah syarikat selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM180,000 pada 2021.

Sumber berkata, lelaki berusia lewat 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Bintulu, Sarawak, pada jam 12.45 tengah hari.

“Suspek disyaki membuat tuntutan palsu kepada sebuah agensi kerajaan cawangan Bintulu berkaitan satu program membabitkan tiga kawasan berbeza.



“Tuntutan berjumlah kira-kira RM180,000 itu dibuat sekitar 2021, namun tiada penghantaran dilakukan,” katanya.

Sumber berkata, SPRM akan membuat permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Bintulu pada jam 9 pagi esok.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

AS buru `Fat Leonard’, tawar ganjaran hampir RM180,000



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading